It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

19.7.10

kita takkan tahu apa yang akan terjadi esok

bila difikirkan semula, kita memang tak akan tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari...apa yang akan kita lakukan esok...siapa yang bakal kita jumpa...apa yang bakal berlaku...kita takkan pernah tahu...sama juga seperti persahabatan yang pernah di declare suatu ketika dulu...kita takkan tahu apa yang akan berlaku di antara kita esok...akankah kau akan terus berada di sisi aku sepanjang waktu dikala susah dan senang? atau mungkinkah kau hanya menjadi pemerhati di suatu sudut...memerhati aku melalui hidup ini sendiri agar aku menjadi lebih dewasa...memerhati aku menjadi lebih kuat dari sebelumnya...kerana menjadi sahabat sejati bukan bereti kita harus sentiasa berpimpin tangan melalui jalan hidup...sahabat sejati adalah sahabat yang tidak pernah hilang dari dalam hati...sahabat yang telah mendapat tempat yang tetap dan tak akan terganti di dalam hati...=)

ya...kita takkan pernah tahu apa yang akan berlaku esok...rasa yang pernah kita kongsi bersama dulu terasa pudar di telan zaman...kita mungkin bertemu setiap hari...tapi mengapa rasa itu mula hilang...mengapa persahabatan yang kita agungkan dulu semakin hilang serinya...mengapa senyum itu tidak seperti dahulu...dan gelak ketawa kita tidak lagi berseri seperti sebelumnya...adakah kerana nilai persahabatan yang cuba kita terokai sudah tiada...rasa yang dulu ada, mungkin akan hilang esok kerana kita takkan tahu apa yang akan berlaku esok...

kita takkan tahu apa yang akan berlaku esok...semalam aku menyintai seseorang tanpa mengetahui bahawa rasa itu akan hilang hari ini...aku sendiri tidak mengerti mengapa ia perlu hilang...mengapa rasa yang dulunya memenuhi ruang hati, kini semakin pergi...adakah rasa itu datangnya tidak ikhlas? atau mungkin rasa itu sudah di takdirkan pergi setelah ia bertapak untuk sementara di dalam hati...tiada siapa yang tahu...adakah hari ini aku bakal bertemu dengan seseorang yang akan menjadi letak syurga ku, aku takkan tahu...atau adakah dia yang pernah hadir dalam hidup aku datang kembali...aku juga takkan tahu...kerana kita takkan tahu apa yang akan berlaku esok...


oleh ibung

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

17.7.10

new blog, new story

first entry...xtau mau tulis apa...
you won't get into HAPPILY EVER AFTER if you never started with ONCE UPON A TIME
...jadi, aku akan memulakan setiap cerita aku dengan once upon a time supaya aku boleh mengakhirinya dengan happily ever after...sebab tu nama blog baru aku once upon a time...

aku mungkin bukan seorang manusia yang istimewa dan sempurna...aku melakukan kesilapan dan merasa kecewa...tapi aku cuba untuk tidak kecewa atas kekurangan dan kesilapan aku...aku mau melihat dunia dari perspektif yang berbeza...aku mau berfikiran positif setiap masa...( i really wish) dan aku mahu jadikan tiap hari yang aku lalui bermakna...mungkin bukan untuk orang lain, tapi untuk aku...



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}