It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

30.12.11

ingatkah kamu? [part 2]

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Aku nak sambung entry [Part 1]


Semester 4

Last semester kami ambil subjek kokurikulum.
Mula-mula semangat nak belajar muzik moden.
Last-last, lari jugak. Bukan sebab apa, takut tak boleh bawa.
Kami bukan tahu main alat muzik. 
But we do appreciate music.
Join fotografi.
Sekurang-kurangnya, dapat jalan-jalan ke Cameron.
Kih3x. Dan waktu itu, memang aku tension buat pameran.
Semua tak jadi okayh!
Nasib baik dapat A.

Semester ni jugak aku ambek subjek Instrumentasi Asas.
Best gila bila dapat buat gadjet sendiri. Power supply sendiri.
Lama dah rasanya tak buat kerja-kerja elektronik macam tu.
Best kowt.


Semester 5

Semester neyh laa yang paling sibuk
Teaching unit.
Projek fizik tenaga.
Lawatan ke Pusat Nuklear Malaysia. Dulu nama dia MINT.
Program Matematik di SMKSA.

fuhh.
waktu tu baru tahu erti letih tak cukup tidur.
Ehh. Tipu. Selalu jer rasa.

Waktu buat fizik tenaga best.
Dapat berkenalan dengan alatan-alatan bengkel.
Bila dapat generate energy, rasa heaven gila.
Berbaloi menghabiskan masa dalam bengkel waktu tu.
Tapi rasanya waktu tu laa kami rasa teraniaya.
okayh. forget about that!

Lawatan ke Pusat Nuklear Malaysia.
Lama dah kowt aku nak datang situ.
Bila dah ada peluang, memang happy-to-the-max.

Program luar dengan budak math.
Dugaan betul. Dua hari satu malam jer.
Tapi preparation memang sebulan kan.
Program kali neyh aku just buat part aku jer.
Malas sikit.


Semester 6

Waktu neyh memang haru.
Microteaching. Macroteaching.
Memang mencabar minda.
Lepas tu kena buat program fizik pulak.
Ulang alik ke Teluk Intan. Eh, tipu. Dua kali jer.
Yang neyh aku tak boleh malas-malas.
Kih3x.

Makro kat sekolah memang banyak buat aku terpaksa susahkan orang lain.
Apapun, thanks untuk yang terlibat.
You know who you are.

Kelas pulak ada yang kelas malam.
Okayh, memang kelas sejam akan habis jam 10. kelas 2 jam habis jam 11 kan.
Tapi last class, kitorang paksa lecturer belanja makan pizza.
kih3x. Kejam tak?
Tak kan.



kalau nak tahu lagi, jom lompat ke [Part 3]

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

29.12.11

ingatkah kamu? [part 1]

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Ingatkah kamu saat kita bersedih. Ingatkah kamu saat kita bahagia. 

Stop! Kalau nak tahu ini adalah apa, sila tekan sini. (TEKAN)

Sungguh nostalgik bila dengar lagu ini lepas kembali ke memori masa silam.
Tengah khusyuk study, kawan (TEKAN) hantar link suruh tengok blog sorang minah neyh.
Sangat terkejut okayh bila buka blog tu. 
Bila tengok sorang manusia dalam blog tersebut, terus terimbau kembali masa lalu yang pernah dilewati.

Aku dengan member baek sejak semester satu terus terbang tanpa sayap dan tikar terbang balek ke zaman lampau. Habis semua strory keluar okayh.
Jom kita jalan-jalan mengimbau kenangan.

Welcome to my memory land!

Semester 1

Fuhh.
baru sampai kowt. Datang sendiri!
Mak ayah memang tak hantar laa. Sebab jauh.
Redha jer aku terbang ke bumi semenanjung neyh sorang2.

Minggun orientasi yang perghh.
Menduga iman betul.

Kelas.
Hari first, sesat itu normal.
Cari lab, tak jumpa. Sengal jer sampai menapak ke BC.
Entah apa2 jer.

Semua orang pun aku tak kenal. 
Paling haru masuk kelas Wacana BM.
Sorang kowt. Nasib baik jumpa Nissa.
Dalam hati was like, 'kenapa dorang campak aku ke sini?'
Tapi aku survive.
Buat asaimen memang macam tahi kerbau.
aisehh. Malu gila bila kenang balik. 
Tapi kenangan dalam kelas ni yang aku takkan lupa.
Smile. =)


Semester 2

Yang ini lagi merepek.
Kelas yang aku paling tak boleh lupa kelas pengurusan Ko.
Kau tahu kenapa?
Sebab aku terjebak dengan dunia 'artis'
kau ada?
Singing on stage memang laa impian aku.
But that dream should always be a dream.
Tapi aku singing kowt. Atas pentas. 
Aku ingat lagi aku pandang siapa waktu tengah nyanyi.
Budak belasan tahun baru nak matang. Memang suka buat benda2 pelik macam tu.
Contohnya, menyanyi atas pentas even tahu suara memang kurang sedap *sedap gak laa sikit2.
Dan waktu tu jugak kitorang buat senamrobik tengah hari.
Apakah?

Lepas tu camping Pandu Puteri.
whoaaa. Memang aku ingat camping tu sampai bila2. serius!

Dan waktu neyh laa first time buat lesson plan.
Haru gilaa. Waktu tu tak tahu lagi apa benda lesson plan tu.
Murni tulus lagi pemikiran kan. Siap gaduh ngan pelajar course lain.
Tapi gaduh manja jer. Berbeza pendapat.

Buat asaimen sehari suntuk pun boleh siap.
Seharian lepak lebri.
Malam lepak rumah member pula.
Tak tidur langsung kowt.
Petang tu siap, print, hantar.
Nak naik tangga ke kedai print pun dah tak larat waktu tu.
Bukan sebab kitorang buat kerja last minute, sebab masing-masing busy kowt.

Semester 3

First class dengan senior.
Segan malu2 lagi dalam kelas.
Mana tak nya. Dalam kelas tu, cuma aku dengan Ira jer junior. Sorang lagi member lelaki.
Tiga orang junior lawan banyak2 senior.
Siap kena present pula tu.
Malu dowh. Nervous sebenarnya. Tiba2 waktu present dah tak reti nak speaking BI.
Sengal!

Kelas BI yang aku paling tak boleh lupa.
Pressure jer masuk kelas tu.
Buku kerja, memang tiap muka surat kena isi.
Aku selalu jer tak siap.
Dan bila tak siap, waktu tu laa nama aku naik kena present jawapan kat depan.
Kah3. Mula nak tunjuk teror main cakap jer apa yang ada kat kepala otak.
Dan waktu tu juga sembang pasal Einstein.
Mabuk buka buku pasal tokoh fizik tu.


kalau nak tahu lagi, jom lompat ke [Part 2]

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

28.12.11

final year. final semester

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Tengah tension kowt. (sambil makan jeruk)


Final semester. Final year.
How do I feel?


fuhh...
Dari detik mula-mula aku masuk mendaftar di sini, sampai sekarang (saat aku taip entry), sudah tiga tahun setengah aku berada di tempat orang.
Aku bakal habiskan pengajian aku di sini.
Seronok gilaaa..
Sedih pun ada..


Tapi..
No more assignment. No more exams.
hehehe.


dan..
No more semester break.
alerrr..


last class before quiz.


kami nak dapat A! boleh dr?


AA! erk?


last class together. 

waktu sem 1 kami tercampak ke kelas wacana bersama golongan majoriti  pelajar seni
fizik + seni. takkan ku lupa sampai bila-bila

last class with Dr Faizal Nizam
Seronok masuk ke kelasnya. Tak pernah tak gelak. kih3x.


last class with Prof Mustamam. Solid state physics yang aku masih tak faham sampai sekarang.
Ampun Prof.


last class with Dr K. Mechanics yang susah sikit. heee.


Banyak yang aku dapat sepanjang aku di sini.
Yang paling tak tahan ialah bila aku kena stay sepanjang cuti
Bosan okayh!


Dan aku belajar berdikari
Indeed!
Sangat berdikari.
So, kalau aku tetiba manja lebih, tu sebab aku letih bertahan laa tuu.
Dan aku manja dengan orang-orang tertentu jer kat sini.


Dan dia tau siapa dia.
Love you!
Seriously, love you.


Will miss here.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

24.12.11

update?

Assalamualaikum 
Salam sejahtera


Kau tau aku dah lama tak update blog?
Banyak benda yang aku nak story sebenarnya.


Kelas last semester 8.
Anual dinner budak-budak rumah.
Sesi fotoshot di kampus.


Tapi aku tak taip.
Aku tak update.
Kenapa?


Sebab aku diserang demam!
Dugaan.
Doakan aku cepat sembuh yaa.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

19.12.11

membebel di tengah malam

Assalamualaikum..
&
Salam sejahtera..


Kau tau aku dah konvo? kih3x.
Konvo dari kelas History of Mathematical Sciences.
Last kelas hari Khamis lepas.
Demand tak nak ada kelas hari Jumaat tu.
wawa..


tengok! muka happy kan sebab dah konvo.

Sebenarnya aku tengah berpura-pura bahawa kerja rumah aku dah siap semua.
Penafian terhadap keadaan sekeliling.
kih3x.

Kau tengok dalam list kerja rumah yang mesti siap tu.
Agak-agak bila aku nak buat semua tu?
Sekarang laa!
Sebab esok dah nak kena hantar kowt.
Tapi aku masih lagi main-main di blog neyh kan.
Pegi jalan-jalan jenguk blog orang lain.
Ini laa denial namanya.
*sigh*


kan bagus kalau aku ada kuasa macam boboiboy.
*berangan lagi


okayh, masa untuk buat kerja rumah.
Aku nak konvo kowt.
Tak sabar rasanya untuk mengecap kebahagiaan ini.
kih3x.

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

18.12.11

Avventura Musica

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Baru balek dari melepaskan tension.
Kau tau kenapa aku tension? Sebab asaimen yang berlambak dan tak tahu bila nak siap.
Chopp! Itu bukan isu utama di sini. 
Isu utamanya ialah bila aku pergi wara-wara tengok persembahan kemuncak pelajar muzik.
Kheeehaaa.
Berlakon writing report dah siap kejap.

Kami duduk di row second last.
Ingatkan bila duduk belakang, boleh laa nak keluar perangai tak matang tu.
Tengok-tengok kena sopan gak.
Kenapa? Sebab semua orang sopan kowt. Nak buat havoc sikit pun tak boleh.
kih3x.
Bila terover sikit, orang pandang.
Aku terus buat muka tak bersalah (gagak lalu).
hailaa. bukan nak support orang.
Chilll laa. Bukan selalu korang tengok persembahan yang hebat macam neyh.
Ker selalu jer?

Kalau nak tahu Avventura Musica tu apa, sila tekan sini. (TEKAN)
Aku bukan laa malas nak terangkan kat kamu semua, tapi aku nak penuhkan entry neyh dengan gambar. 
Boleh kan. kih3x.


tiket masuk. tiket aku memang sponsored by watie laa. hik3x.

tangah kalut bersiap nak ke panggung budaya, sempat lagi posing.
dah lambat dah kowt!

Sebelum keluar, kena snap2 dulu. kih3x..

persembahan pembukaan yang membuatkan semua orang terpinga-pinga.

ni persembahan pembukaan. semua orang terpegun. speechless kaa apa?

motif persembahan neyh ialah membawa kami menjelajah ke negara lain untuk menghayati muzik dari negara tersebut. 
tak tahu ker kitorang terbang ngan alien neyh? kih3x.

kitorang pergi jelajah lain2 negara kowt. dengan alien neyh. Luta namanya.

Dan persembahan pun bermula.

musik oriental. kowt. tak ingat. alaaa. yang dari China tuu.

Musik nusantara.
ni aku tak ingat. jazz kowt. tango gitu.

alien dah sampai panggung budaya dah. dia ada buat speech. tapi tak faham.
nasib baek ada subtitile.

ni pulak waktu persembahan penutup

Aku masuk gambar sikit jer laa kayh. Sebab gambar banyak blur.
Duduk jauh kan.
So, memang kena zoom habis-habisan.
Bila zoom terlampau, mula laa dia nak blur sana sini.


sempat lagi diorang kan. 

Harus laa ada gambar berlima kan. 

okayh, aku memang suka selit gambar tak ada motif kan.

Balek dari panggung budaya, kami singgah lepak minum jap.
Cehh.
Kembali ke zaman primadona nampak.
Sungguh laa berlakon macam FYP sudah siap kan.

Lepas balek dari panggung, bukan reti nak terus balek kan. cisss.

Dan, aku baru perasan aku dah gemuk.
Ke sini rupanya semua duit dalam purse aku. 
Ke lemak tepu bawah kulit. 
Cehh.

ni out-of-topic sket.




︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

17.12.11

facebook timeline

Assalamualaikum....
Salam sejahtera..


Facebook timeline? Apakah itu?


Nak tahu? Facebook timeline neyh adalah bentuk format FB yang baru. Erk? 
Aku pun tak sure sangat laa. Malas nak tanya Pacik Google boleh? 
huk3.


Rasanya dah ramai komuniti FB yang dah tukar ke format timeline.
Well, sooner or later, semua pengguna FB pun akan guna gak.
So, memikirkan hal tersebut (ayat skema), aku tukar jugak ke format timeline.


Memang serabut awal-awal tu. Sebab tak biasa. 
Ramai yang dah tukar ke timeline neyh kata susah nak guna.
Takpa, nanti lama-lama okayh laa tu.
Alah bisa, tegal biasa kan.


Ni aku nak tunjuk FB timeline aku.
Kalau nak tahu cara senang nak guna seacrh jer kat google. 
Mesti ada punya. 


ni FB timeline aku. huhu.

Lagi satu, aku saja tunjuk browser aku. Rockmelt. (TEKAN)
Aku dah lama guna dah menatang neyh. 
Sebab boleh update FB ngan Twitter tanpa buka page social kita.
Kalau nak stay online tanpa buka FB pun boleh.
Nanti korang boleh explore sendiri laa kayh.
Setakat neyh, aku tak ada masalah dengan browser neyh. 
Sebab tu aku bangga nak rekomen kat korang.
Kih3x.


Selamat mencuba & selamat meng-explore!


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

16.12.11

wabak menyerang!

assalamualaikum & salam sejahtera.


Okayh, ini bukan wabak penyakit yang merbahaya. Ini cuma wabak biasa-biasa jer? Nak tahu wabak apa?


Wabak Aidijuma.


Siapa-siapa yang tak tahu apa Aidijuma tu, sila tekan sini. (TEKAN)


Budak rumah neyh dah kena jangkit dengan wabak tu sekarang. Dah tak layan pahsmina, shawl, hana tajima dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Diorang suka layan tudung bawal dah sekarang. 


Aku, macam biasa, layan semua. Bila rasa nak pakai tudung ekspres, aku ambek jer yang tergantung kat belakang pintu. Kalau rasa nak pakai shawl, pashmina. Belit sana sini, aku layan. Tapi kalau rasa macam malas nak over-over, aku pakai tudung bawal.


Hah! Jangan ingat pakai tudung bawal tak boleh nak over?! 
Tapi bila pakai tudung bawal, nampak ayu sopan santun kan. Dah macam gadis melayu dah.
Bukanlaa pulak bila pakai tudung selain tudung bawal tu tak sopan dan ayu.
Nampak lain laa pulak. Nampak sofistikated, elegan, anggun dan seangkatan dengan nya.


Yang penting sekarang, semua jenis tudung lawa. Asalkan tutup mana yang patut. 
Okayh kawan-kawan.



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

14.12.11

Terbuang

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Seperti biasa, orang macam aku neyh sangat busy semenjak menjejakkan diri ke dalam minggu 13 semester akhir. erk? Aku kan orang malas sket. Harus la kerja last minute. Kesian kat blog aku neyh. Lama dah tinggal. Kadang-kadang tu aku buka gak sebab saja nak tengok2 jengah2. Sekarang memang tak ada masa. Sibuk buat blog satu lagi untuk assigment. Haa.. Hambek kau! Ingat cikgu tak perlu tau benda2 neyh semua? Kena buat blog untuk share tentang isu yang dibincangkan. 


Buat blog simple jer pown. Tapi dah memang lumrah kehidupan manusia. Semua nak yang terbaek. Aku neyh memang laa tak buta IT, kalau nak buat blog simple tu, boleh laa. Tapi takda laa celik IT sangat. Berkakai jugak aku nak mencantikkan blog. Dengan tahap kecerdasan lappy yang dah macam orang tua, memang berkurun gak aku nak buat blog. 


Last2, aku give up. Yang tu jer laa aku mampu. Admin yang lain, kalau rasa2 nak cantikkan lagi blog, mintak jer email dan password kat aku kayh. huk3x. Tak larat nak hadap benda tu lama2. Sebab writing report final year project satu apa pun aku tak sentuh lagi. 


Cuti nanti aku nak buat blog comel2. Yeeehhhaa!!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

12.12.11

bila kami masuk dapur!

assalamualaikum & salam sejahtera. =)


Baru-baru neyh rezeki melimpah ruah. Alhamdulillah. Jiran sebelah menyebelah bagi buah buahan tempatan bertangkai-tangkai. 


Jiran sebelah kiri bagi buah rambutan. Sedap dan manis. Banyak pulak tuu. Thanks.


Jiran sebelah kanan, jangan cerita laa. Memang sah sah dia katering kat cafe di kampus tu haa. Memang akan hantar kat kitorang laa. Buah tembikai, tembikai susu, rambutan semua dia kasi. Untung kan nasib berjiran dengan bukan student neyh. Hari tu, siap bagi 3 biji durian lagi. Durian besar-besar pulak tu.. Waaa. Tapi bila dah banyak sangat, memang tak habis makan kan. Macam tu laa kebiasaannya. 


Maka, setelah kami bermesyuarat rumah, kami sepakat nak buat bubur kacang campur durian. Haaa. Bijak kan anak dara kat rumah neyh? Sanggup menapak ke Hulu Selangor (kolej jer) semata-mata nak beli kacang hijau jer. Dua tiga kedai jugak laa kami selongkar nak beli kacang hijau tuu. Balek rumah jer, masak terus. Memang tak tunggu seminit dua. Basuh tangan, terus capai periuk. Haaa. Anak siapa laa rajin beno neyh kan. Hik3x. *gelak sopan.


Rebus kacang hijau 30 minit. Tapi macam tak yakin jer. Nasib baek mak aku hantar mesej. Terus timbul idea nak minta talian hayat. Nasib baek cara nak masak bubur tu dah betul. Huk3x. So, teruskan jerr. Lepas kacang hijau dah kembang, masukkan air gula merah dan santan. Lepas tu, baru masukkan durian. Hah! Sebijik kitorang masukkan dalam bubur. Sebab kalau simpan, memang dah takda orang nak makan dah. Debar jugak laa time masak. Sebab takut tak jadi.


Waktu tengah masak tu, masing-masing memang pasang niat nak bagi jiran depan rumah tepi sikit rasa. Sebab kerja diaorang memang asyik nak memandang rendah kat kami yang gorgeous neyh haa. Tahu laa diaorang reti buat kek batik. Kitorang reti buat bubur kacang tahu! 


Nasib baek bubur kacang kitorang jadi. Sedap pulak tuu. Huk3x. *malu. Rasa macam sama dengan bubur yang aku selalu makan. Actually, sejak raya hari tu lagi mengidam nak makan. Tapi baru hari neyh dapat makan. Yeay!



ni laa rupa bubur yang kami masak. om nom nom. sedaaaappp. =P

Nak hantar ke rumah jiran depan rumah tepi sikit pun adventure gak. Sebab aku hanya ada contact number sorang jer, budak kecik tuu. Call dia, dia kata dia tak ada kat rumah. Lepak rumah kawan. Malam neyh dia tak balek rumah. Ah sudah. Aku menapak ke rumah jiran, bagi salam dua kali. Tak ada orang jawab. Aku neyh memang cepat putus asa sikit. Malas nak menepek depan rumah orang lama-lama. Last2 aku hantar mesej kat budak kecik, nak hantar esok jer lepas subuh. Kecewa sikit sebab tak dapat nak show off kebolehan memasak. Alerrr..


Tak lama lepas tu, budak kecik ala2 hero malaya muncul depan rumah. Huk3x. Yeay! dah boleh show off. Yaww. Dia siap tak percaya yang kitorang boleh masak. Ceit. Aku mintak balek bekas sebab memang berkurun nak tunggu budak kecik dan kawan serumah dia nak pulang harta kitorang. Dia balas dengan kacang tumbuk. Tapi aku tak tahu apa nama sebenar benda tu. hahahaha. 


ni laa rupa kacang tumbuk tuu. sedap gak. aku suka makan. hek3x.


Lepas neyh plan nak buat onde-onde pulak. Mana nak cari kelapa arr? Kerja asyik nak masak jerr lately. Dah buang tebiat ker apa anak dara rumah neyh. Huk3x.


Eh. Eh. Eh. Lupa nak tanya jiran rumah depan tepi sikit. Sedap tak bubur kitorang? Makan jangan lupa baca bismillah tau.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

6.12.11

aku juga punya rahsia

Assalamualaikum & salam sejahtera. =)


People not unlike parcels, hide secret, who cover themselves with layers until they present themselves to the right ones who can unwrap them and see inside. Sometimes you have to give yourself to somebody in order to see who you are. Sometimes you have to unravel things to get to the core - Cecelia Ahern


Awal semester ni, aku memang rajin datang perpustakaan (haaa. baku di situ yaa). Dengan berbekalkan sandwich ehh. semangat membaca di dada, aku pinjam buku The Gift by Cecelia Ahern. Tetapi dengan rasa rendah dirinya di sini ingin aku canangkan pada seluruh dunia bahawa aku tidak mempunyai masa untuk menghabiskan sebuah buku itu. Aku cuma baca beberapa muka surat pertama. Ceeehhh.


Okayh. Itu bukan isu nya di sini. Isunya ialah, kita adalah ibarat parcel. Hanya orang terpilih sahaja yang boleh melihat dalaman kita. Dalaman yang aku maksudkan adalah hati dan peribadi okayh. Hanya orang terpilih saja yang faham dan tahu isi hati kita.

Dan dia.

Benarkah dia adalah hadiah? Dia adalah sebuah hadiah. Untuk siapa? Tiada siapa tahu. Mungkin dia bukan hadiah untuk keluarganya. Mungkin juga dia bukan hadiah untuk teman sekelilingnya. Kerana tiada siapa pernah melihat dirinya yang sebenar. Adakah dia adalah manusia yang begitu pandai berpura sehinggakan tiada siapa yang dapat membuka topeng di wajahnya? Atau adakah kerana dia tidak mempercayai sesiapa di atas muka bumi ini? 


Mengapa? Mengapa sukar baginya untuk membuka hati dan perasaannya untuk seseorang. Hadiah yang sedia dibuka dan sedia diberikan kepada seseorang dulu kini telah terbalut kemas dan rapi. Hinggakan tiada siapa yang boleh membuka balutan hadiah itu. Tiada siapa yang tahu hadiah itu akan ditunjukkan kepada siapa. Mungkin tangisnya juga adalah lakonan. Lakonan untuk mengaburi mata orang sekeliling atas watak yang dibawanya. Siapa dia? Tiada siapa tahu. Apa yang ada di hatinya? Belum ada yang dapat membacanya.


Mungkin dia juga tidak mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Mungkin dia juga tidak tahu mengapa dia belum bersedia untuk membenarkan sesiapa menyelongkar hatinya. Mungkin kerana dia letih menyimpan dan menyusun kenangan pahit dalam kotak memori yang meremukkan hatinya sehinggakan dia tidak mahu sesiapa menyentuh hatinya lagi. Mungkin kerana itu, dia menutup pintu hatinya. Dan mungkin kerana itu dia melakarkan senyuman yang sudah jelas palsu. 


Fake. Kerana dia tidak menunjukkan dirinya kepada sesiapa. Mungkin dia juga tidak tahu. Dan bagaimana dia hendak menunjukkan dirinya yang sebenar kerana dia juga tidak tahu. Topeng yang sudah lama dipakai. Topeng yang sudah banyak ditukar ganti. Sehinggakan dia keliru, siapa dia yang sebenarnya. 


Dia hanya menjadi diri sendiri di hadapan Tuhannya. Dia menangis berteleku di atas sejadah sambil membuka setiap pembalut yang membalut dirinya. Menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapa Yang Maha Esa. Kerana baginya, hanya Dia yang memahami. Hanya Dia yang layak. 

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

4.12.11

Be what you want to be

Assalamualaikum & salam sejahtera. =)


Housemate suruh dengar lagu neyh.



Jom kita sing along.

Be What You Want To Be - Darin Zanyar


Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be
Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be

I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream
We live for
You never know what life could bring
Coz nothing last for ever
Just hold on to the team
You play for

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam
Of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling
Thats not real life

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

Last year I used to dream about this day
Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
Coz I've got all the love, coz I've got all love for you

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be
[X3]

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

30.11.11

lindungi mereka ya Allah

assalamualaikum & salam sejahtera.


Kita takkan tahu apa yang akan terjadi esok. Kau takkan tahu apa yang akan terjadi kepada kau, dan kau takkan tahu apa yang akan terjadi kepada keluarga esok. Kau juga takkan tahu apa yang terjadi kepada kau satu saat yang akan datang. Tiada siapa yang boleh meramal masa depan. Itu semua kerja Allah. Bukan kerja kita.


Dalam kelas semalam, seorang rakan seperjuangan menerima panggilan yang memberitahu bahawa ayahnya telah kembali kerahmatullah. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita kembali. Tidak dapat aku bayangkan rasanya kehilangan tempat kita bergantung harap. Insan yang sejak kita lahir kedunia membelai kita tiba-tiba pergi sekelip mata. Sungguh, aku tidak sanggup. Panjangkan usia kedua orang tuaku, ya Allah. Apapun, takziah buat rakan aku. Semoga kamu sekeluarga tabah menghadapi pemergian ayah kamu. al-fatihah.


Hari neyh, aku memang bergelumang dengan tugasan. Online sekadar mencari info. Lepas solat isyak, aku buka twitter *rutin harian aku. Aku dapat berita bahawa adik kepada teman sekolah aku kemalangan. Langgar lari. Dan adik kawan aku sekarang terlantar di hospital Kuala Lumpur. Masih tidak sedarkan diri, kalau aku tidak silap. Adik dia mengalami pendarahan di kepala. Owh. Tabahkan hati wahai sahabat. Sama-sama kita berdoa agar dia selamat dibedah dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. Aku mungkin bukan kawan yang baik, tapi percayalaa, doaku tetap sentiasa ada buat insan bergelar kawan. Hanya itu yang mampu aku berikan saat ini. Percaya dengan ketentuanNya. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja.


Tapi kalau pasal kes langgar lari sampai mangsa yang kena langgar tu terlantar di hospital, itu memang tidak patut. Mana sifat kemanusiaan kamu wahai Si Pemandu Yang Tidak Bertanggungjawab'? Aku dapat tahu yang adik kawan aku tu terlantar sebab dia lambat diselamatkan. Kalau kau dah langgar dia, apa salahnya kau tolong selamatkan dia? Aku harap kau akan tidak tenang selamanya. Sekurang-kurangnya, aku tahu yang kau masih mempunyai perasaan sebab kau rasa serba salah. Dan kau boleh memohon keampunan atas kesilapan kau yang telah membuatkan sebuah keluarga bersusah hati.



Waktu-waktu busy yang melampau macam sekarang neyh, kalau boleh memang nak elak gangguan luar. Memang aku nak sangat semua insan yang berada di sekeliling aku berada dalam keadaan selamat sihat sejahtera. 


Ya Allah, Engkau lindungi aku, Engkau lindungi ahli keluargaku, Engkau lindungi sahabatku, Engkau lindungi ahli keluarga sahabatku, Engkau lindungi semua umat Islam di muka bumi ini. Jauhkan kami semua dari malapetaka, sifat benci dan hasad dengki orang lain. Sesungguhnya, kami insan lemah yang hanya mampu memohon perlindungan dariMu, ya Allah. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi dugaan Mu. Dan kami yakin, di setiap percaturanMu, setiap apa yang berlaku kepada kami, ada hikmah disebaliknya. Amin~

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

17.11.11

bola sepak

Assalamualaikum & salam sejahtera. =)


Sihat? Tak mau ada yang sakit-sakit tau. Kalau rasa nak demam tu, banyakkan minum air masak dan banyakkan rehat. Erk. tapi kalau time macam neyh, rehat itu macam mustahilkan.


Hari neyh aku tengok game bola sepak dari awal sampai habis. 95 minutes okayh. Walaupun video yang aku tengok tu asyik buffer jer memanjang, aku tahan hati gak tengok game sampai habis. Nasib baek waktu last tu dia stream laju jer. Senang hati sket tengok. Budak umah kata aku dah macam pelajar Malaysia yang belajar diluar negara sebab tengok tv Malaysia guna streaming. hahaha. What to do laa. Dah tv yang tuan rumah bagi pun useless. Hitam jer kaler dia kat situ. Tiada guna. Ubah suai jadi akuarium baru yaa..


Aku tengok pun sebab aku tergerak hati nak layan #harimaumalaya. Entah napa entah. Aku tak kenal siapa-siapa pun yang main tu. Kecuali Apexs laa. Itu pun sebab kawan-kawan aku kecoh pasal muka dia lebih kurang sama ngan kawan aku. Hehehe.


Aku tak kesah siapa-siapa pun yang maen. As long as they wear our jersey, i'll support them. Okayh?! Course the best is just the best, right!


Okayh. Aku tipu. Video neyh yang membuatkan aku tergerak hari nak tengok team #harimaumalaya okayh. Ngaaa..




Dan siapa-siapa yang terlepas gol Malaysia tu, jom usha neyh. =)



Fuhh. Tak sabar tunggu next game. *wink. /bye

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

Happy Birthday Eira! err..belated..

Assalamualaikum & salam sejahtera.. =)


Apa khabar semua? Sihat tak? What do you feel when someone cares about you? Happy-to-the-max! 


14/11 tarikh keramat untuk Eira. Hahaha. 

Tahun lepas kitorang celebrate birthday dia sweet-sweet jer. Sebab waktu tu study week. Celebrate berempat. In-advance punya. Tapi dia, hamboi.. Tahun lepas dengan tahun neyh sangat giat mengenakan orang lain time birthday. Kalau part baling-baling telur, memang dia laa otai. Tahun lepas memang aku kena. Tahun neyh dorang buat ala-ala sweet baling dengan bedak jer. Wangi lembut jer kulit lepas tu. Tapi birthday orang lain jangan cerita laa. Haishh.. Nakal budak neyh.


Tahun neyh, memang turn dia pulak. Scene baiki kereta depan rumah memang menjadi. Aku sebenarnya tengah blur macam mana nak suruh budak tu pakai tudung. Nasib baek budak jiran ada. Boleh jugak tolong cover kata nak baiki kereta. Dia percaya habis... tekun jer dengar Faisal bebel pasal kereta. Tup-tup, rasa sejuk-sejuk jer kepala. Dan bermula laa scene kejar mengejar, baling membaling. 

kereta yang sama digunakan untuk operasi kali ini. dengan ahli yang berbeza. huk3.

Berbekalkan alasan nak pergi belajar guna spss, kami berempat keluar menjalankan misi penting iaitu membeli kek.


Selamat hari lahir ira. *yang pegang kek tu laa ira. 

Seperti biasa, pengarah projek tidak dilantik harus laa aku. alerr..


jangan marah tau bufday girl. nanti cepat tua. eh.

Lepas kena baling dengan telur, mesti bucuk kan. eeee..

bufday girl yang bau telur. huk3x.

Beli 6 biji telur plus telur extra yang dibawa oleh Faisal dari rumah dia. Amacam? best? huhuhu..


Minum float ngan cheesecake. terbaeekkk!

Okayh. Next birthday siapa pulak eh? Tapi kalau aku nak resign jawatan pengarah project tu boleh? Nanti orang anggap aku gila jawatan pulak. 

Hehehe.


video

Haaa.. layan laa video neyh. Ucapan ira yang malu-malu lepas kena mandi bunga. eh. eh. mandi telur dan tepung. =)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

14.11.11

aku & seni

assalamualaikum & salam sejahtera.. =)


Duduk termenung depan laptop minum kopi dengar lagu 'aja-aja baby' dari encik mimpi sambil memikirkan intro entry kali neyh. 


Ya, aku dengan seni. Memang sangat tidak boleh disatukan. Bukan sebab aku anti seni or what. Aku suka seni. Aku suka benda cantik. Aku suka benda abstrak. Aku suka pergi pameran seni (even aku ada sedikit kenangan tidak best dipameran seni tempoh hari). Aku tetap suka seni.


Tapi kenapa aku dengan seni tidak boleh disatukan? (sambil tenung jarijemari bukan seni) 


Aku ambek Pendidikan Seni paling last sekali waktu form3. Eh? Ker form2? Tak ingat. Memang seronok bila dapat pergi bilik seni. Dapat melukis. Kaler-kaler. Yang aku tensi bila cikgu suruh lukis rumput lalang. Aku tengok cikgu seni aku demo dengan penuh tawaduk dan khusyuk. Nampak macam senang jer beliau calit sana, calit sini. Tup-tup, dah jadi lalang. Nampak hidup okayh. Aku pun dengan berbekalkan ilmu di dada, cuba buat macam yang cikgu aku demo. Aku calit sana, calit sini. Tapi kenapa TAK JADI? Nampak lucu okayh. So, aku memang tiada darah seni walaupun bapak aku memang pandai melukis.


Bila disuruh design apa-apa, aku selalu buat yang simple-simple. Kalau nak hias bilik ker, meja ker, aku buat ala kadar. Sebab aku memang kecewa bila nampak hasil seni aku. 


sebab itu laa aku ambil fizik.. 



haaa.. ini laa alat bantu mengajar yang paling kreatif aku buat. cehh.


Itu kalau seni kreatif gunting dan tampal. Kalau seni yang guna teknologi pulak, pun sama fail.



tiga jam jugak depan laptop. Tapi ini jer hasilnya. 


Ni pulak seni origami. Aku ada banyak origami bintang. Kira dah teror laa buat kan. Tapi.. Tapi.. Tapi..


Bintang-bintang..


Jadi terjawablaa persoalan kenapa aku ambil fizik. Sebab aku rasa fizik lebih senang berbanding seni. Dan aku respect dengan orang seni. Orang yang dalam kepala dia memang akan sentiasa ada ilham untuk berkarya. 


Dan bila budak fizik yang bergelumang dengan fizik sejak umur 16 tahun disuruh untuk buat cover comelcomel penuh berseni, memang laa sangat melucukan. Buat lawak antarabangsa kaa apa? Memang rasa nak nangis pandang cover kosong yang minta diisi dengan idea kreatif. Tapi ini jer yang aku dapat buat dalam masa tak sampai sejam.


Sorry eh kalau tidak menepati citarasa anda

Suruh aku buat karya seni memang laa menyiksakan. Aku suka seni, harus diingat itu. Tapi untuk menghasilkan seni, aku memang fail. Kalau anda ada cover yang perlu dihias, adalah satu kesilapan besar untuk suruh aku buat okayh. Harus diingat itu. Bukan aku tak nak tolong, tapi aku memang tak reti. Daripada kau dapat cover yang hodoh macam tu, baek kau minta tolong dengan orang yang lebih layak. Orait?


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

13.11.11

My Life is a Mess

Assalamualaikum & salam sejahtera.. =)


Bangun pagi-pagi buta adalah perkara biasa. Kenapa? Owhh. Jangan tanyakan kenapa. Kalau dah tiap hari tidur awal pagi, memang laa akan bangun lambat kan. Tidur pada waktu matahari sudah naik. Bangun pagi pun paling awal dalam pukul 9pagi. Normal kah hidup macam neyh? That's why I said that my life is a mess.


Bangun lewat tidak elok, lebih-lebih lagi perempuan macam aku neyh. Ya, aku tau.

Tidur lewat boleh mengakibatkan bermacam penyakit. Ya, aku tau.

Kurang tidur boleh mendatangkan kemudaratan. Ya, itu juga aku tau.


Tapi kalau dah namanya pelajar, tidur lewat, bangun awal itu normal. Sehari dapat tidur selama 4jam itu heaven. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan 20jam kredit di final semester. Dengan berkakai nak siapkan final year project lagi, nak siapkan assignment kursus laen lagi. 


Makan pun dah tak betul. Kadang-kadang makan, kadang-kadang tak. Makan nasi setiap dua hari sekali. Yang peliknya, kenapa aku masih gemuk? Kompius. 


Okayh, tujuan aku bukan nak rant kat sini. Selalu sangat aku rant sampai orang laen pun fed-up. Sampai ada yang kata, "selain meroyan, serabut, apa lagi yang aku tau?" sentap. So, buat laa assignment senyap-senyap. Tapi aku letih. Bukan letih dengan kerja rumah yang berlambak. Tapi letih dengan kehidupan aku yang dah macam terbalik neyh. Tapi nak buat macam mana? Idea hanya akan datang mencurah-curah pada tengah malam.


[SUMBER] tumblr mana ntah. Pacik Google bagi. 



Rabu neyh aku kena bentang FYP. Siap dengan analisis data sekali. Tapi satu kerja pun tidak siap. Aku ulang, SATU KERJA PUN TIDAK SIAP. Cuti sudah habis, but what did I do? Stay up everynight but still can't get  at least one thing done. 


Banyak sangat merapu laa tuu. Tapi aku tidak buat benda lain. Adakah disebabkan otak aku jam tidak dapat berfungsi dengan baik? I need a rest. Good rest indeed. But can I rest without feeling guilty? Tiap kali mata pejam, mesti rasa bersalah terhadap assignment yang tidak pandai siap-siap. Seakan-akan memanggil melambai penuh longlai minta disiapkan. 



Pernah rasa macam neyh? Selalu kowt.
[SUMBER] Pacik Google. 



Allah, please give me strength to get everything done. Permudahkan urusanku di dunia ya Allah. 

Tuhan, tolong aku. Pleaseee..

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

7.11.11

beat your problem

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.


A : Banyak gila kerja! Nak kena buat itu, buat ini. Kerja aku sangat banyak! Tiada orang yang dapat membayangkan betapa berlambaknya kerja aku yang bertimbun neyh.

B : Eh, aku punya kerja lagi banyak dan berlambak dari kau. Kalau setakat kerja yang kau ada, kau tambah lagi sekali ganda pun belum tentu dapat menandingi kerja aku.

C : Sudah! Sebanyak-banyak kerja kamu berdua, banyak lagi kerja aku. Titik!

D : Napa aku rasa macam kerja aku biasa-biasa jer banyaknya.

A, B, C : .......



Haa.. Adakah ini pertandingan siapa punya kerja rumah atau siapa punya assignment lagi banyak? Bukan! Tiada siapa yang sudi menganjurkan pertandingan sebegitu, kan. Jadi, untuk apa compete pasal benda-benda mengarut. Adakah dengan menjadi insan yang mempunyai kerja dan assignment terbanyak akan menjadikan kerja dan assignment anda itu siap dengan sendiri nya? Tidak bukan.

So, stop comparing. Tak payah nak menjadikan diri anda hebat dengan banyaknya assignment anda. Why don't you get your work done. Orang yang mendengar kamu merungut tentang banyaknya kerja kamu berbanding orang lain pun tak kisah langsung tentang kerja kamu itu. Masing-masing ada masalah sendiri kan. Beat your problem and move forward.

Tak payah nak list kan sangat kerja dan assigment yang sudah memang siap sedia banyak dan bandingkannya dengan orang lain. List it down, and beat it. Get it done! Hanya dengan cara itu, kamu akan rasa tenang. Kan.

Dan aku nak quote sikit dari manusia neyh. Beat your emotion and settle things up! (Matlutfi, 2011)



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

5.11.11

selamat hari raya aidiladha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.


Tahun neyh tahun kedua aku sambut hari raya aidiladha atau raya korban di perantauan. Teringat waktu mula-mula sambut raya diperantauan. Crying like a baby okayh. Lepas tolak tambah sekali ngan hari raya aidilfitri, empat kali laa aku sambut raya di sini. Sekarang dah tak rasa sedih-sedih dah. Cuma sedikit terkilan. Well, celebrating something is more meaningful with your family right. 


Lagi pun, aku kan tergolong dalam golongan BUDAK MANJA!  *andwhatever!


Apapun, hidup perlu diteruskan. Hopefully this is the last time I celebrate Hari Raya away from my family. Next time, I wanna come home! yeay!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

2.11.11

Wasaber!

Assalam.. =)


Aku sudah join geng wasaber! Mesti korang tertanya-tanya apa kah menatang wasaber tu kan. Wasaber adalah geng komuniti blog dari sabah! yeay!


Aku tengah busy gila sekarang, so memang tidak dapat blogwalking kupi2 di sana laa. Nanti bila ada masa aku singgah blog wasabers yang laen kayh.


Btw, thanks to those that welcoming me here!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

15.10.11

ionic bond vs covalent bond

assalam. =)


Haaa?! Aku nak update tentang benda-benda ilmiah? Ada kaitan dengan kimia pulak tu? Tak pernah-pernah aku post entry yang berfaedah kan. Biasanya merapu merepek memanjang. Kenapa aku nak post tentang benda-benda ikatan atom pulak neyh?


Okayh, okayh. Jangan kalut, jangan gelabah. Ini semua adalah kesan dari tugasan yang baru diberikan dan harus disiapkan sebelum minggu depan. Jadi, aku memang laa tengah demam dengan ikatan-ikatan kimia neyh. Waktu tengah sibuk selongkar buku, selak mana-mana yang patut, tanya pacik google, aku terfikir sesuatu. Haaa.. Mau tau apa yang aku fikirkan? Haaaa.. Jeng. Jeng. Jeng.


Aku memang jiwang sikit. Lebih-lebih lagi bila aku dah tukar status dalam muka buku, berkali-kali. Siapa yang memang dah kenal aku dalam muka buku akan faham kot. Jadi, kalau youlzz geli geleman nak melayan jiwang aku, sila tekan ctrl + F4. Huhuhu..


Ionic bond.
Siapa-siapa yang pernah belajar kimia mesti tahu apa itu ionic bond. Ikatan ini terjadi apabila suatu atom 'menyumbangkan' satu electron kepada suatu atom lain. Atom yang 'menyumbang' neyh akan dapat charge positive, manakala atom yang 'menerima' neyh akan dapat charge yang negative. Kemudian, kedua-dua atom yang berlainan charge neyh akan bergabung menjadi satu molecule. Ikatan ionic neyh kuat dan mempunyai takat lebur yang tinggi.

ionic bond


Covalent bond.
Covalent bond pula terjadi apabila dua atom berkongsi electeron. Kenapa nak kongsi? Supaya lebih stabil dan memenuhi petala terluar sesuatu atom tersebut. Biasanya, molecule yang terbentuk melalui covalent bond ini akan berkongsi sama ada satu ataupun lebih electron dengan suatu atom yang lain. Kedua-dua atom ini akan bergabung dan menjadi satu molecule.

covalent bond


Okayh, apa kaitannya dengan jiwang-jiwang kan. Sekarang aku nak kaitkan kedua-dua jenis ikatan itu dengan kehidupan kita sebagai manusia di muka buku bumi ini.


Kalau kita perhatikan, pasangan dalam dunia neyh terbentuk dengan ikatan yang hampir serupa dengan ionic bond dan covalent bond. Bagi pasangan yang salah seorang dari mereka selalu memberi, dan sebelah pihak lagi selalu menerima dan akhirnya, pihak yang selalu menerima itu akan rasa tertarik dengan orang yang selalu memberi. Akhirnya mereka bersatu dan membentuk suatu keluarga yang baru. Ikatan ini mudah terbentuk, namun merupakan ikatan yang kuat dan sukar untuk dipisahkan. Daya tarikan yang berbeza, positive dan negative juga memberikan sebab mengapa mereka sukar dipisahkan. Jangan laa gelabah bila jumpa dengan orang yang memang 360darjah berbeza dangan kita. But wait, kalau pusing 360darjah, bukankah kita akan berhenti pada tempat kita bermula. Hurm. Berbeza bukan bererti tidak boleh bersama. Tapi cuba memberikan kelebihan kita, untuk memenuhi kekurangan orang lain. Bukan begitu?


Bagi ikatan covalent pula, pasangan yang terbentuk dengan analogi yang serupa dengan ikatan ini akan berkongsi segalanya dan tentang apapun. Perkongsian ini akan melengkapkan hidup masing-masing untuk menjadi lebih stabil. Tapi, covalent bond neyh mempunyai takat lebur yang rendah dan senang untuk dipisahkan. Jadi, sharing is caring, huh? Analogi kurang tepat!


Owh, dan banyak ikatan lain yang aku belum sempat baca sampai habis sebab aku excited sangat nak share apa yang aku fikirkan kan sekarang.


Motif? Aku saja nak share apa yang aku baca petang tadi, dan apa yang terlintas difikiran sewaktu aku sedang membaca. Tujuannya cuma satu, aku nak tunjuk yang aku neyh rajin buat asaimen. *tepuk bahu sendiri. buweekkk


Dan esok adalah ahad. Lepas ahad pula Isnin. Dan kerja aku, sikit pun tak siap. Tapi aku masih merepek di sini. Whatever!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

12.10.11

hati tersentap!

Assalam. =)


Baru-baru neyh aku post entry pasal lelaki pilihan hati. Memang beria aku story pasal ciri-ciri yang mesti ada dalam lelaki idaman aku. Memang ala-ala manusia paling sempurna dalam dunia kan.


Malam neyh aku terbaca status yang dipost oleh seorang kawan. Bunyinya macam neyh:


"semua lelaki mau perempuan yang pandai memasak. semua perempuan mau lelaki yang pandai jadi imam. bila semuanya terlalu memilih, tinggal lah sekumpulan manusia kayu hanyut yang terdampar di tepi sungai menunggu reput. gitu... moral of the story - ye memang benda-benda tu semua perkara yang perlu dititikberatkan tapi kalau dah jodoh dengan orang yang tak reti dengan semua tu, berusaha lah untuk mendidik dan mengembangkannya. jangan terlalu memilih" quote from a friend (sila tekan)


Haaa. Sentap kayh! Tapi tak marah atau melatah. Sebab apa yang dia tulis memang betul. Memang tidak ada yang sempurna dalam dunia neyh. Dan tidak ada yang boleh memenuhi permintaan kita tanpa cacat cela atau  sedikit kekurangan. Tidak salah untuk memilih, tapi jangan terlalu memilih. Kena cermin diri sendiri dulu.


Tapi tidak salah kalau nak berangan yang baik kan. Apapun, impian dan angan-angan tu fleksible. Boleh diubah dan berubah. So, kalau rasa-rasa macam diri sendiri tu terbaik sangat, mungkin layak laa dengan manusia sempurna. Ingat, aku tekankan di sini, MUNGKIN.


Dan aku nyatakan disini, semua itu cuma angan-angan aku. Dan aku sedar tidak ada manusia yang seperti itu. Mungkin itu sebabnya aku masih sendiri. Okayh, itu bukan statement untuk promo diri sendiri. Mungkin lepas neyh aku perlu menerima kekurangan orang lain, sama seperti aku mahu orang lain menerima kelemahan aku. Kan. kan. kan.


So, terimakasih kepada kawan yang telah post kata-kata sentap yang menyentap jiwa. Serius! Membuatkan aku sedar bahawa untuk mendapat yang terbaik, kita harus menjadi yang terbaik. Supaya kita dapat mendidik yang tidak baik untuk menjadi yang baik, sama macam kita yang sudah sememangnya menjadi yang terbaik. HAH! Ambek kau ayat aku.


p/s : bukan entry untuk hentam menghentam. cuma menyedarkan diri yang terlebih perasan gorgeous. Terimakasih kawan. =)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

11.10.11

Dia pilihan hatiku

assalam. =)


Apa khabar semua? Dah makan? Okayh, apa mimpi aku tetiba tanya dah makan ker belum. Macam laa kalau youlzz tak makan lagi, aku nak tolong masak untuk youlzz kan. 


Entry kali neyh aku nak story tentang lelaki idaman. Bila ditanya soalan seperti ini "Apakah ciri-ciri bakal suami anda?" kepada si gorgeous di luar sana, ada yang jawab "Yang GAGAH". Gagah okayh, bukan gaga. Yang kuat. Ada juga yang jawab "Yang memahami". Understanding. Atau pun macam neyh "Yang penyayang"


Bagi aku, cuma satu. "RELIABLE". Seseorang yang kita boleh bergantung harap. Seseorang yang boleh menjadi imam di dunia dan akhirat. Seseorang yang boleh menjadi doktor dan nurse bila kita sakit. Seseorang yang boleh jadi pembantu rumah dan pengasuh bila kita sibuk. Seseorang yang boleh manjadi bahu menangis bila kita bersedih. Boleh menjadi badut semata untuk mengembalikan senyuman kita. Boleh menjadi pakar motivasi bila kita terasa seluruh dunia membelakangi kita. Seseorang yang boleh mengubah dunia hitam putih menjadi berwarna warni. Seseorang yang berupaya melakukan segalanya untuk memastikan kita selesa dan gembira. Seseorang yang tangisnya kerana merindui kita. Seseorang yang teguran dan nasihatnya kerana dia menyayangi kita. Seseorang yang tidak pernah berputus asa dikala dunia tidak menyebelahinya. Okayh! mungkin permintaan aku melampau. 


Rasanya perkataan "RELIABLE" menjelaskan segalanya yang aku perlukan dari seorang adam. Cheesy bukan. Tapi itu hakikatnya. 


Tak mau taip panjangpanjang. Sebenarnya yang memberikan aku ilham untuk taip entry macam neyh adalah kerana sekeping gambar yang di post dalam mukabuku malam neyh. 


*kredit to http://leilockheart.tumblr.com/

Okayh. Sampai jumpa lagi. Until next entry, daaa..

Salam. =)



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}