It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

24.3.11

cry?

assalam...salam diberi pembuka bicara.

cry? nangis? napa aku nagis? tekanan jiwa dan perasaan yang amat sangat. mendesak sekeping hati dan memaksa aku menumpahkan air jernih dari mata. untuk membasuh dan membawa pergi segala perkara yang menghimpit jiwa. owhh. mampukah aku bertahan dikala aku keseorangan? dalam entry lepas sudah ku nyatakan bahawa aku tidak mempunyai bahu menangis untuk dipinjam. dan kini aku sedar bahawa aku juga tiada telinga untuk mendengar. bukan kerana aku tidak mempunyai teman, tetapi teman-teman ku yang sering menjadi telinga pendengar dan bahu menangis aku berada jauh di sana. owh. rasanya bagaikan ingin terbang segera menemui mereka.

tapi bila aku nangis sendiri, sedikit sebanyak hati aku lega. beban menghimpit jiwa semakin kurang. tekanan seakan pergi menggalir bersama air mata. jatuh ke tanah lalu menggering. walaupun kebelakangan ini aku begitu tertekan, baru sekarang aku boleh menangis. to cry over something is not as easy as abc right. apapown, aku bersyukur kerana aku boleh menangis hari ini. bermakna, segala kekusutan aku berkurang. sometimes you can see clearly after tears washed your eyes. 

owh. betapa aku merindukan teman-teman dahulu. they won't let me cry, but if i cried, they'd always there to  wipe my tears. its funny when you only treasure things only when they are not around. fuhh.

tapi sekarang aku rasakan sekeping hati ini benar-benar ingin menjauh. dan bukan merajuk okayh. cuma ingin lari dari kehidupan yang sering menghimpit jiwa dan mencalar emosi di sini. lakonan selama ini seakan tidak dapat diteruskan dan aku pasti ramai yang akan berkecil hati. oleh itu, bawa aku pergi untuk sementara. 

*ketensionan makin bertambah. kadangkadang aku tak mampu untuk berpura. dan aku tak mampu untuk tersenyum.

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy.

=)


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

20.3.11

sekeping hati

assalam. salam diberi pembuka bicara. =)

kenapa dengan sekeping hati? ada orang yang punya dua keping hati kahh? aku rasa tiada. tapi kalau ada, boleh kongsi dengan aku sebab aku rasa sekeping hati ini sangat lemah. kenapa pulak? adakah aku neyh memang lemah? xkuat iman dan xtabah. tidak bijak berhadapan dengan masalah. okayh, apa pula masalah aku? kerja yang berlambak itu juga dikira masalah? kalau ya, aku memang bermasalah sekarang.

sungguh tertekan dan terasa sering ditekan. ditekan oleh apa? sudah tentu dengan kerja yang berlambak. dengan masyarakat yang terlalu mementingkan diri sendiri? tapi, siapa yang xpentingkan diri sendiri? aku pun begitu. hanya memikirkan diri sendiri pada waktu aku sepatutnya sedar bahawa dalam dunia neyh bukan hanya ada aku. padan muka aku laaa...what you give you get back huh!

tapi kadang-kadang sekeping hati ini gagal untuk terus tabah. sekeping hati ini kadang-kadang mendesak untuk aku mencari seseorang untuk dipersalahkan. sekeping hati ini minta aku untuk menunding jari ke arah orang lain semata untuk menyenangkan diri sendiri. owhh. itu sangat kejam. 

apa yang perlu aku buat? senyumlaa wahai manusia. bagaimana untuk tersenyum sedangkan sekeping hati ini sedang bergolak menahan perasaan. senyum saja laa. untuk apa? senyum itu satu sedekah. kalau buat kerja sorang-sorang sambil tersenyum, itu gila namanya. tak! bukan gila. senyum itu kan satu sedekah. owhh. bukan cara aku untuk tersenyum ketika aku tertekan. senyum itu kan indah. itu berpura-bura! biar berpura-pura, biasakan saja untuk tersenyum. itu buang tebiat namanya. bila dah biasa, tak ada laa buang tebiat. sebab sudah jadi tabiat. kan. kan. kan.

jadi, perlukah aku tersenyum memujuk sekeping hati? pujuk diri sendiri laa. tiada orang yang akan pujuk. kalau bukan diri sendiri, siapa lagi? senyum itu mengajar untuk bersabar. bukankah sabar itu separuh daripada iman? Tuhan bersama orang yang sabar. jadi, apa perlu di takutkan? bila tertekan, cuba bersabar, nescaya takkan sendiri. bukan begitu? 

owhh. tekanan jiwa dan perasaan. mendesak sekeping hati ini untuk berjauh. itu berjauh hati namanya. merajuk? owh tidak. hanya ingin lari jauh dari perangai manusia yang pelbagai. sementara memujuk sekeping hati yang lemah untuk terus menjadi asas iman yang teguh. ke mana harus lari membawa sekeping hati? menemui pencipta. alam barzakh? owh bukan. bagaimana hendak ke sana jika belum tiba masanya? membunuh diri itu kan perkara terkutuk. habis tu? temui pencipta di atas sejadah. sujud dan berdoa laa. agar sekeping hati itu diberikan kekuatan. kerana hidup ini penuh dengan cabaran yang lebih besar. berdoa agar dikuatkan hati dan dikurniakan iman. dipermudahkan segalanya. berdoalaa. berdoa bersama sekeping hati.


* sangat tertekan. jiwa memberontak. rasa macam mau baling semua barang ke luar melalui tingkap. rasa macam mau menjerit bagai orang histeria. owhh. kesan mandi hujan tiga hari berturut-turut membuatkan otak aku sangat jammed. migrain. gigi pown rasa makin nipis sebab cuba menahan perasaan. kejap lagi rasanya, satu taman perumahan neyh akan mendengar suara sumbang aku. lagu pilihan? sudah semestinya lagi yang boleh buat aku mejerit melalak. maafkan aku jiran tetangga. aku tidak punyai bahu menangis untuk dipinjam saat ini. dan aku masih belum bersedia untuk menjadi warga tangjung rambutan. walau hakikatnya, aku berada di tanjung tatkala ini. tanjung malim.

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy.

=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

19.3.11

aku dapat no 1?

Assalam...salam pembuka bicara...=)
semalam ada jiran tetangga ketuk pintu sampai mau pecah pintu. bunyi macam urgent. bila tanya 'siapa?', 'salam mana?', 'xda salam kerr?' tiada jawapan. hanya ketukan bertalu-talu. budak rumah memang bengang la. aku pown tidak tau mau cakap apa sudah. berat sangat kaa mulut mau mengucap salam. dibuatnya aku dan hosmet mogok xmau buka pintu kalau orang tak bagi salam, macam mana? hailaa...

okayh. berbalik kepada tajuk entry. aku nombor satu? akhirnya aku menang juga eh. salah! sebenarnya ini bukan pertandingan dan aku bukan memenangi tempat pertama. cuma, aku berada di tempat pertama dalam list pelajar sains pengkhususan fizik batch aku. hmm... apa kelebihannya? tak lain tak bukan, bila ada pembentangan, aku dan kumpulan aku yang akan jadi orang pertama. *seronok apa bila jadi yang pertama. eleh..cakap senang laa. aku yang sudah acap kali merasainya, rasa serabut okayh. kenapa pula?

mari sini dengar baca apa yang aku tulis. pertama: youlzz tak tau macam mana gaya persembahan pembentangan yang lecturer youlzz mau. lepas youlzz bentang, theyolzz akan komen itu ini. jadi, macam mana youlzz nak ubah cara youlzz bentang sebab youlzz laa yang jadi 'tikus putih' dalam kes neyh. faham kan maksud aku? lepas tu, orang laen perbaiki pembentangan theyolzz berdasarkan kelemahan kita. *okayh, mungkin bukan setiap kali, tapi acap kali. selalu sangat. aku perlukan masa untuk bersedia. lebih-lebih lagi semester kali ini. owhh...serabut sungguh.

dan kedua; bila lecturer youlzz terangkan aspek-aspek yang akan di nilai dalam pembentangan youlzz beberapa minit sebelum youlzz bentang, agak-agak sempat tak nak rombak balek ayat berjela yang youlzz dah reka dalam kepala otak youlzz. haaa...mau tak ayat aku keluar macam kentut. tak teratur dan banyak bunyi. entah orang laen faham entah tidak.

yang ketiga pula; bila youlzz dah jadi pembentang pertama, berapa kali youlzz sempat rujuk lecturer untuk bincang apa yang mau dibentang? agak-agak youlzz tersangat free kaa mau jumpa dia banyak kali dalam masa yang singkat? ataupown, agak-agak lecturer youlzz selalu kaa ada dalam bilik dia tiap kali youlzz mau datang? *owh...dugaan betul kan.

aku menyuarakan apa yang aku rasa. tapi buat masa sekarang, aku terima apa yang ditentukan buat aku. perancangan manusia, memang banyak silapnya kan. tidak setanding apa yang dirancang di atas sana. perasaan dengki iri hati neyh tidak boleh lari dari diri aku sebagai manusia biasa. jadi aku harap youlzz faham bila aku rasa sangat tertekan bila aku selalu jadi 'lucky number one'.

dan ada juga manusia yang suka bagi peluang kepada orang lain untuk jadi pertama dalam kes macam neyh. sekali sekala, aku mau tengok manusia tuu bagi peluang kepada orang lain untuk jadi pertama dalam pertandingan. haa. kan bagus macam tu. istiqamah orang cakap. kan. jangan laa asyik nak jadikan orang laen sebagai kambing hitam. *oppsss...terasa aku sebab aku selalu gak jadi kambing hitam neyh. sudah laa hitam, kambing pulak tuu..

tapi, *setiap perkara ada tapi nya kan. bila aku dah siap awal, tak kira keputusannya baik atau tidak, aku akan rileks awal kan. tidak payah fikir pembentangan lama-lama. dan bila aku jadi yang kedua atau yang terakhir, mungkin aku akan buat sama seperti jika aku jadi pembentang pertama. cuma yang buat aku terkilan ialah bila aku yakin aku mampu memperbaiki mutu pembentangan aku, tetapi aku tidak mempunyai peluang. owwhh...memang sangat down sampai tahap tidak mahu fikir apa-apa lagi...*macam sekarang neyh laa...

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy.

=)



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

18.3.11

guru sanggup berkorban nyawa untuk anak bangsa?

assalam...cuba untuk membiasakan diri dengan memberi salam...=)

peringatan. apa yang aku tulis adalah berdasarkan pendapat aku yang lahir dari tindak balas neuron dalam otak untuk membenihkan secebis idea. aku tidak berniat untuk memburukkan sesiapa. dan kalau ada yang tidak bersetuju, aku sarankan youlzz juga menyuarakan pendapat youlzz. apa yang youlzz cakap, aku dengar. apa yang aku cakap, aku harap youlzz dengar...=)

guru sanggup berkorban untuk anak bangsa. Ya!! itu aku sokong...sebab akulah bakal guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa. insyaAllah. niat aku sejak mula-mula terjun masuk ke bidang perguruan neyh tetap sama sehingga kini. malah niat itu sudah bermula sejak aku mengisi permohonan untuk menjadi seorang guru. aku mahu mendidik. bukan sekadar mengajar. mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dengan apa jua cara sekalipun. aku akan cekalkan hati untuk menghadapi cabaran yang sudah pastinya akan mencabar jati diri aku sebagai seorang pendidik. tapi selagi aku mampu bertahan, aku akan berkorban untuk anak bangsa.

tapi untuk berkorban nyawa, aku tidak sanggup. kalau aku berkorban demi menyelamatkan seorang manusia, rasanya tidak berbaloi. berkorban demi insan bergelar anak bangsa mungkin boleh dipertimbangkan. tapi bukankah dengan terkorbannya seorang pendidik akan memberi kesan kepada penghasilan anak bangsa yang bergelar insan? kalau pendidik sudah tiada, siapa yang akan mendidik? siapa yang akan memikul tanggugjawab untuk melahirkan anak bangsa yang berguna? senang cerita, kalau sang ratu semut berkorban untuk tenteranya, siapa yang akan menghasilkan telur untuk menambah bilangan tenteranya? *bukan aku tak tahu youlzz suka sembur semut dengan racun serangga. sekali sembur, mau satu koloni jadi bangkai. kan. kan. kan.

jadi, untuk apa berkorban nyawa demi anak bangsa? agi idup, agi ngelaban. selagi hidup, selagi itu berjuang. tak salah untuk berkorban demi anak bangsa, tapi biarlah berpada-pada. kalau nak mati sekalipun, biarlah meninggalkan nama. tinggalkan ilmu yang bermanfaat. jangan berkorban nyawa semata untuk menyelamatkan satu generasi. sekiranya seorang pendidik mampu mendidik untuk jangka masa yang lama, bayangkan berapa banyak generasi anak bangsa yang mampu dididik dengan baik. hmmm. *agak2, sampai tujuh keturunan tak?

sayangi nyawa anda. walaupun hakikatnya nyawa anda itu tiada nilainya. *haaa. layakkah kita untuk meletakkan nilai pada nyawa sekiranya ianya hanyalah pinjaman dari sang pencipta. apapown, jangan sampai berkorban membuta tuli. jangan berdiri di barisan hadapan peperangan sekiranya tidak tahu tujuan dan niat kita untuk berperang. tak tahu apa yang hendak dipertahankan.berani kena bertempat yaa.

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy

=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

16.3.11

bencana di Jepun

Assalam...beri salam pembuka bicara...bukankah itu budaya kita? hmm...tapi kenapa kadang-kadang ada manusia yang sukar untuk mengucap salam...tapi itu bukan isunya di sini...sebelum aku membebel panjang, aku mau mengucapkan takziah buat sesiapa yang terlibat dengan bencana di Jepun...semuanya bermula dengan gegaran sekuat 9.0 yang mengubah kedudukan plat bumi dan mengubah paksi bumi sebanyak 6.5 inci serta memendekkan masa dalam sehari sebanyak 1.6 microsecond...cerita yang lebih detail youlzz boleh baca di sini...

tak cukup dengan gegaran kuat itu, ditambah pula dengan datangnya tsunami yang memusnahkan harta benda dan menghanyutkan rumah dan kereta-kereta...bila tengok video yang merakamkan pergerakan air laut membanjiri bandar tersebut, memang sangat menggerunkan...sangat menyeram kan...dalam masa yang singkat, air tersebut seakan membasuh seluruh kawasan dan menghanyutkan segala yang berada di laluannya...

dan sekarang, isu nuclear pula yang mengambil tempat...berita paling latest aku baca ialah letupan ketiga sudah berlaku dan reaktor no.4 telah terbakar...bencana yang menimpa belum berakhir...reaktor yang semakin tidak stabil mula melepaskan radiasi yang boleh membahayakan manusia...mungkin bukan dalam masa sekarang, tapi untuk masa akan datang...rasanya semua orang tahu kesan jangka masa panjang radiasi nuklear kan...mutasi, kanser yang boleh membawa maut kegagalan fungsi organ...banyak lagi...aku sudah tidak ingat...padan muka aku jugak sebab suka sembang dalam kelas nuclear physics semester lepas...

pihak jepun terpaksa menghalang kemasukan pasukan penyelamat yang ingin menghulurkan bantuan bagi kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kerana bimbang akan keselamatan mereka di negara matahari terbit itu...buat masa ini, pasukan dari negara kita (SMART) masih belum mendapat kebenaran untuk ke Jepun bagi membantu menjalankan misi menyelamat dan menghantar bantuan...

selain daripada bersimpati, aku hanya mampu berdoa agar mereka tabah dalam menghadapi 3 bencana sekali gus ini...weolzz dari sini mengirimkan doa agar semua ini segera berakhir...bencana yang melanda negara ketiga membangun ini sangat menarik perhatian semua manusia tak kira gender, pekerjaan, usia dan kawasan tempat tinggal...apapown, kita sama2 doakan agar masalah ini dapat diatasi lebih-lebih lagi masalah nuclear yang sangat membimbangkan...

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy...

Lots of Love from me to all Japanese people...

=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

14.3.11

gadjet? perlukaa?

sila baca tajuk berkali-kali...tanya diri sendiri, perlukaa? jawapannya, mestilaa perlu...dalam dunia serba canggih neyh, gadjet paling cikai yang kita semua perlu ada ialah handphone...atau bahasa canggihnya, telefon bimbit...yalah, bagi aku yang merantau di tempat orang neyh, phone tu penting untuk mengubungkan aku dengan mak ayah di kampung...kan...kan...kan...sapa setuju angkat tangan...

tapi, dalam perlumbaan teknologi zaman sekarang, banyak gadjet2 baru yang lebih canggih dicipta...menjadikan suatu keperluan itu sebagai suatu kemahuan...haaa...napa aku cakap macam tu? youlzz  mau tahu? sebab bila ia menjadi sesuatu yang weolzz tak perlu ada, atau orang tua-tua kata, tak ada pown tak apa, maka secara automatiknya ia menjadi kemahuan...

contohnyaa??

pertama sekali ialah telefon mudah alih...bahasa kampung aku cakap portable phone...hehhehe...bagi aku, gadjet tu perlu ada...sebab senang nak texting, or calling...tapi ia jadi kemahuan bila aku demand nak ipod phone...haaaa...

haaa...pakai yang neyh pown cukup....=)

rasa-rasanya, xada yang neyh pown bley hidup kann...

yang kedua, notebook or laptop or komputer mudah alih...apa-apa laa yang seibu dan sebapa dengannya...sebagai student, gadjet neyh perlu sebab asaiment...okayh...kalau nak buka mukabuku pown boleh jugak...tapi bila tak ada, susah jugak sebab kena pergi lepak cc tuk siapkan asaiment...tapi jadi masalah bila youlzz jenis damping malam...nak jadi batman tapi cita-cita tak kesampaian...suka stay up tengah malam tuk buat asaimen...time tu, ada lagi ker cc buka? kalau ada pown, terjamin kah keselamatan wania seluruh dunia bila theyolz lepak malam2 di luar? so, demi menjaga keselamatan sejagat, gadjet neyh adalah keperluan...heeee....

pakai yang neyh sudah...sebijik macam aku punya...
dah jatuh berkali2 pown masih bernyawa lagi...

nampak cantik dan boleh buat liur basi meleleh kuar...hehhee...

dan gadjet ketiga yang aku nak cerita ialah kamera...*sebenarnya idea entry neyh timbul bila kawan aku cerita pasal kamera2 yang theyolz nak beli...hehehe...jangan marah kayhh...kamera memang la penting...lebih2 lagi bila adanya PDI...haaaa...nak buat report program, kena laa ada gambar...bukti sahih katanya...tapi kalau nak cut paste, boleh jerr kaann...hehehe...

haaa...pakai yang neyh jerr...cukup...

tapi kalau aku bagi yang neyh, kau mau jugak kann...

kesimpulannya, keperluan juga boleh jadi kemahuan...tak salah kalau nak turutkan kemahuan, asalkan kita tahu berpada-pada...jangan nak menghulur tangan menggapai puncak KLCC bila kaki hanya mampu berpijak di atas tanah...jangan susahkan orang laen hanya semata untuk memenuhi kehendak kita...kalau dah ada dan masih boleh guna, apa salahnya kekal dengan gadjet lama...tapi kalau ada rezeki lebih dan tak tau mau simpan mana, beli laa mana-mana yang berkenan...nanti kempunan, susah jugak kann....

kekal dengan yang lama bukan bererti kita perlu menjadi katak di bawah tempurung...asalkan kita tahu dan tidak ketinggalan, sudah...jangan sampai tak tahu, yang tu payah...tahu untuk tidak ketinggalan...kayh kawan-kawan...

aku pown mau jugak benda2 yang canggih...tipu la sapa yang tak mau kann...tapi ikut kemampuan laaa...jangan sampai youlzz terpaksa tengok jak gambar makanan yang lazat2 sebab bajet youlzz sudah habis ke gadjet yang cencanggih...renung-renung kann...

*buFday aku next month...aku demand mau gadjet yang canggih kayhh...

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy....

=)





︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

10.3.11

terima kasih semua

okayhh...sepatutnya aku baca buku pagi neyh sebab kejap lagi kami ada pembentangan...tapi tangan aku gatal pulak mau mengupdate blog...naahhh...

isnin lepas aku pergi Tapah!! okayh...xda laa excited gilak kan...aku ke sana sebab mau buat macroteaching untuk subjek edu...fuhh...kena ajar bebudak sekolah pasal impuls...daya impuls ekceli...aku xsempat mau ajar tentang impuls sebab xcukup masa...heiii...xcukup masa? 30minit tu sangat lama okayhh...yalah tuu...bila bebudak tu blur memanjang, 30minit pown rasa macam 3minit...naaaa....

okayhh...enuf about me...seperti tajuk entry, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat insan-insan yang terlibat dalam pembikinan filem sepanjang aku melaksanakan tugasan edu ini...yeeehhaaa....tanpa youlzz, aku tak mungkin dapat menjalankan macroteaching dengan sempurna(ayat paling skema pernah aku keluarkan)...hehee....

firstly, aku mau ucapkan terima kasih kepada ibu bapa aku yang memberikan sokongan moral dari jauhh...lalaal....

terima kasih juga buat cheetah(bukan cheetah yang laju lari tu kayhh) sebab tolong cari sekolah dan tolong deal dengan cikgu tuu...terasa diri ini hanyalaa sebagai penumpang tegar...terima kasih juga sebab sediakan tempat penginapan taraf 5bintang...hehehe....halalkan makan minum aku di umah kau kayhh....say terima kasih jugak dengan mak kau...jasa anda di kenang....

terima kasih buat zura sebab bagi slide...slide anda sangat membantu...

selain itu, terima kasih juga buat budak kecik yang tolong beli tiket train tuk ke Tapah ahad lepas...kalau dia xmau tolong, kompom aku xsampai ke Tapah hari tuu...

dan terima kasih kepada kawan-kawan yang memberikan sokongan dan tolong cover buat asaimen sepanjang aku xda di tanjung malim...ngeh3x....

terima kasih semua...(macam dapat award laa pulak..)

apapown, tanpa sokongan dan pertolongan kamu semua, aku takkan dapat menjayakan macroteaching pada kali nii...

stay healthy, stay cute and stay happy...

=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

4.3.11

kenapa aku tak menang?

masa untuk update blog...mesti ada suara-suara sumbing sumbang di luar sana yang mempertikaikan kenapa dia perlu baca blog aku...aleerrr...suka hati laa youlzz mau baca atau tidak...aku tak paksa...kalau rasa-rasa rajin mau mengeja membaca, kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan....hehehehe...

baiklahh...aku cuma mau cakap tentang adat pertandingan...mesti youlzz pernah dengar orang cakap tentang adat pertandingan kan...mereka sering berkata bahawa 'kalah dan menang adat bertanding'...haaaa...betul la tuu...aku tak cakap salah...pernah tak youlzz dengar dalam suatu pertandingan tu, tak ada yang kalah...semua adalah pemenang...tak pernah kan...tapi kalau laa ada pertandingan yang macam tu, sila laa bagi tau aku...aku pown mau gak merasa menang...(nampak sangat aku neyh selalu kalah...aleerrr...)

bagi sesiapa yang masuk bertanding, tapi tak menang, or tak dapat jadi nombor satu, bak kata kawan-kawan aku, bukan kamsatu laa, mesti youlzz rasa sangat-sangat kecewa...hampa sampai rasa putus asa dan rasa mau tidur sepanjang hari...(okayh, itu alasan....) rasa down sangat-sangat...rasa malu pown ada gak...rasa macam dunia neyh tidak adil...kadang-kadang tu rasa macam mau menjerit sekuat hati macam dalam drama...TIDAKK....

tapi itu cuma sementara...lepas beberapa lama, mesti youlzz rasa ok balek...kalau youlzz cakap ya, (cakap slow-slow jak kayh, nanti roomate youlzz pandang-pandang jeling-jeling sebab youlzz cakap sorang-sorang depan lappy..) mesti youlzz neyh seorang yang sangat positf...optimistik bak kata datuk nenek kita dulu-dulu...tahniah aku ucapkan...kerana anda berfikiran positif....

setiap pertandingan ada pemenang dan pengalah...errkkk...tak kesah laa...yang penting, ada yang menang, dan ada yang kalah...tapi tak bermakna yang kalah tu akan kalah untuk selamanya...kadang-kadang, kita kena merasai kekalahan dulu, baru dapat menghargai kemenangan...alaaa...kalau dalam drama pown, hero mesti kalah dulu kan...kalau youlzz kalah sekali, tak bermakna dunia berakhir di situ...apa yang penting, kerjasama...ehhh..eh...ehh...yang penting ialah bagaimana kita berhadapan dengan kekalahan kita...

okayh, yang paling pertama sekali (haaa...paling & sekali muncul dalam satu ayat...penting sangat laa tuu) ialah kita perlu berfikiran positif...kena selalu tanam dalam fikiran kita, kita tak ada rezeki untuk menang...kalau aku, aku selalu cakap macam neyh, 'alamak, kalah lagi? tak apa laa...esok lusa mesti aku menang'...haaa...itu yang aku selalu cakap dengan diri sendiri. tapi kadang-kadang aku down jugak laa...dalam beberapa hari baru bley keluar ayat tu dalam diri...sekurang-kurangnya, tak ada laa kecewa sampai tahap tak ingat dunia kann....every things that happen has its own reason...semua yang berlaku ada hikmahnya...kalau rasa-rasa dah cukup berusaha, tapi tak dapat jugak, cuba fikir balik...apa hikmah di sebalik kekalahan tuu...manalaa tau, kalau youlzz menang, youlzz riak tahap tangki riak...haaa...itu yang kita tak mau kann...ingat balik niat kita bertanding tu macam mana...kalau youlzz fikir nak gelakkan orang yang kalah, lepas tu youlzz sendiri yang kalah, haaa gelakkan laa diri sendiri...padan mukaa...hahaha...

lepas mempositifkan diri, kena la usaha untuk menang lain kali kan...fikir balik sebab youlzz kalah...kalau sebab usaha tak cukup, cukupkan usaha...kalau sebab niat tak betul, betulkan niat...there's no such thing as world is unfair...dunia ini sangat adil...gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan...

kadang-kadang, usaha yang kita lakukan masih tidak cukup untuk melayakkan diri kita untuk menang...

so, fikir-fikirkan laaa...bila tak menang kali neyh, esok lusa mesti kita boleh menang punya...tapi kena gandakan usaha...

okayh, cukup laa aku merepek disini...aku pown kena gandakan usaha kalau aku nak maintain PNGK aku...sem neyh belum berakhir, jadi tiada  manusia yang layak menentukan result aku kelak...aku yang akan menentukannya...dan hadiahnya nanti akan diberikan oleh Allah, setanding dengan usaha yang aku lakukan...

apapown, stay cute, stay healthy, and stay happy...

=) 

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

2.3.11

kes aku kecik hati

okayhh...kalau mau d cerita, hati aku xda laa besar mana kan... ala-ala saiz standard cukup...tapi napa aku mau cerita pasal kecik-kecik hati pulak neyh kan...adeyhlaa pompuan...

banyak benda yang buat aku kecik hati sebenarnya...*bukan pasal kes orang xmau pinjamkan kalkulator kayhh...tapi ni pasal aku terasa terpinggir...macam di sisikan dari duniaaaa...alerrr...apasal ayat macam ayat-ayat emo pulak neyh kan...haiilaaa...

xda kes serius sebenarnya...saja mau cerita pasal kekecikkan hati aku...sejak dua menjak neyh, xda orang mau dengar cakap aku...sob...sob...sob...*jangan ada yang terasa pulak...sambil jeling-jeling sobri...

paling best laa aku rasa tersisih kat secret recipe...punya laa aku belakon jadi baek tunggu budak tu ambek kek untuk  kawan-kawan, bila turn aku mau tunjuk kek yang aku mau, dia bley buat tak layan...kecik hati I tau...sob...sob...sob...sedeyh lagi...alerrr...

memang rasa tersisih gila kowt...rasa macam mau hampas kepala ke dinding laju-laju...atau pun rasa macam mau langgar pintu kaca berkali-kali...

last-last, aku xbeli langsung pown kek...kempunan beb...tapi bila orang xlayan, tawar hati kowt mau makan kek even kempunan...aleerrr...apakah...

owh dunia...are you really turn your back on me? or I'm the one who turn my back on you? demnn...

apapun, stay cute, stay happy and stay healthy...

=)
︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}