It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

21.4.11

beli kari?

assalam.. =)


di kala aku keseorangan, aku terfikir.. mengapa semua ini harus terjadi? mengapa aku di sini? mengapa ini yang aku harus lalui? okayh!! ini bukan post jiwang dan aku bukan dalam mood jiwang.. 


habis itu, apa kena mengena dengan beli kari? *rujuk tajuk entry.. beli kari atau berdikari.. berdikari atau berdiri atas kaki sendiri bukanlah semudah membeli kari di kedai runcit. Kenapa? Kerana untuk berdiri di atas kaki sendiri bukannya mudah. Sebagai manusia biasa, aku juga insan yang lemah. Aku memerlukan manusia lain untuk terus menyokong aku. Bukan aku menidakkan kehadiran iba bapa dan keluarga tercinta nun di sana kerana aku tahu doa mereka sentiasa menyokong aku. Tapi apa yang aku cuba katakan ialah, di sini, aku perlu belajar hidup sendiri. Mengadu? Bukan pada manusia, tapi pada bulan dan bintang. Kenapa? Kerana hanya mereka mendengar. Jangan berbangga jika kau pernah melihat air mata aku, kerana apa yang kau nampak cuma sebahagian kecil dari apa yang terpaksa aku tumpahkan setiap hari di dalam tandas agar hati ini kuat kembali. Senyum aku bukan selalu lahir dari hati. Lebih-lebih lagi pada waktu begini. 


Untuk menjadi sekuat hari ini, banyak pengorbanan yang terpaksa ditempuhi. Untuk menjadi aku seperti hari ini, banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi. Jika dilihat aku kuat, jangan dianggap aku kuat. Aku hanya mahu menghabiskan perjuangan di sini. Kadang-kadang terasa seperti ingin menginggalkan tempat ini. Tiga tahun yang ditempuhi di sini cukup membuatkan aku menyedari tahap aku di mana. Cukup untuk menyedarkan aku bahawa aku hanyalah selemah-lemah manusia yang masih mengharap bantuan orang lain. Berdikari? Aku bosan mendengar perkataan itu dari mulut orang yang tidak pernah tahu apa maksud berdikari yang sebenarnya. Jangan memaksa aku untuk terus membina kekuatan sendiri sedangkan kau juga akan menjadi selemah aku bila kau bersendirian di tempat orang lain.


owh.. betapa aku merindukan kampung halaman aku. Place called home is the only place where you can always go whenever you feel sad. Home will always be there for you. And I wanna go home. Badly. 


apapown, stay healthy, stay cute, stay happy..

=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

20.4.11

sakit perut + asam laksa

assalam.. =)


sudah boleh tersenyum rasanya.. dua hari lepak atas katil guling-guling tahan sakit.. ikowt kan hati, mau saja aku merangkak ke toilet bila benda-benda yang aku makan berlumba-lumba mau keluar dari mulut.. eeww.. xsanggup rasanya untuk dikenang kembali.. *sambil usap perut.. eh.. eh.. eh.. neyh bukan seperti yang youlzz semua fikirkan kayhh.. ini cuma sakit yang biasa dialami oleh sesetengah gurlz sebulan sekali.. kadang-kadang dua bulan sekali.. owhh.. biasa-biasa xseteruk macam neyh.. maybe disebabkan body sudah sedia lemah lembik disebabkan banyak kerja dan tension.. maka, gandakannya!! yeehhaaa.. hasilnya, aku jugak laa yang terpaksa menyusahkan orang mintak tolong beli itu ini.. alaahaii.. manjaa nyaa.. bukan manja youlzz, tapi siyes xlarat.. xkan youlzz mau aku merangkak ke kedai kan.. malam-malam pulak tuu.. nanti xpasal-pasal pulak kan.. 


thanks kepada insan yang menjaga aku sepanjang aku sakit kayhh.. jasa anda semua akan dikenang.. seperti multimonster mengenang jasa BoboiBoy.. *ngaaa.. thanks for the minyak angin and the 100plus.. thanks sebab sanggup titow off kipas semalaman.. thanks for caring me when I'm sick.. thanks kawan-kawan.. kamu laa sahabat aku..


dan.. dan.. dan.. hari neyh aku sudah boleh join geng dapur umah24.. ngaaa.. menu masakan hari neyh ialah asam pedas.. ini laa 1st tym aku masak asam pedas.. *aku sangat xreti masak kayh.. ngaku siap-siap.. hehehhe..


nahh.. neyh laa rupanya asam pedas yang aku buat..


okayhh.. disebabkan aku amatur bab masak memasak neyh, maka aku dibantu oleh akak hosmet yang sudi menghulurkan bantuan.. ngaaa.. thanks juga sebab bagi bahan-bahan yang aku xda.. xlupa gak untuk rumet aku sebab menyumbang bahan-bahan memasak.. ngaaa.. sedaaappp aku masakk.. xda laa rasa kertas pasir... ngaa... hahaha..


okayhh.. 


stay healthy, stay cute, stay happy..

=)


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

17.4.11

final exam + upacara 'buang bala'

assalam.. =)


hari neyh mood happy sebab dapat makan pasta!! masak sendiri okeyhh.. xorder mana-mana.. okayh, its pasta segera.. tapi bukan laa segera yang amat.. mau sejam jugak aku bertukang dalam dapur.. 


my pasta!! sedaaaappp.. 


enough membangga diri.. berbalik kepada tajuk entry.. yaahh.. esok final exam.. bagi aku dan kawan-kawan yang sekali paper first ngan aku laa.. ekceli exam start last saturday.. all great thing happen on saturday huhh!


tapi, sebelum pegi exam, kena buat upacara 'buang bala'.. owhh.. neyh bukan kufarat.. ehh.. kurafat.. neyh upacara 'buang bala' yang dijalankan sempena ulang tahun.. pawangnya siapa lagi kalau bukan budak kecik yang perasan comey.. alaaahaaii..

malu bergambar sendiri katanyaa... tengoklaa muka jahat diaa..


tapi bukan dia sorang jak kayhh.. sekali bekerjasama dengan wati, shud, rin, dan ira.. okayhh.. maybe ini balasan sebab aku plan buFday watie dulu.. tapi pawang 'buang bala' tetap budak kecik tuuhh.. *rujuk gambar di atas.. aku tengah fikir macam mana mau kenakan dia bulan 7 nanti.. hahahaha...<-gelak jahat..


haaa.. ambek kau.. aku kasi  pic yang neyhh..
sila kenal pasti pawang2 yang dikatakan bley 'buang bala' tuu...

okayhh.. lupa mau sebut, aku sudah dapat cheesecake!! terima kasih sahabat!! bak kata 'jurulatih' watie, inilah sahabat, bukan kawan.. terharu dengan ucapan dia.. tapi ira yang nanges dulu.. yeeehhaaa...


ini laa rupa kami lepas upacara berakhir.. naseb baek berdua.. xdaa laa teruk sangat..
portion kena bahagi dua..
dan.. dan.. dan.. naseb baek xkena telur macam watie..


thanks kawan2 sebab sudi bagi aku makan cheesecake yang sedap dari resepi rahsia.. neyh, aku mau mention full name.. Azrinawati, Norshuhadah, Noor Farini, Rabi'atul Rashidah, Mohammad Faisal dan Ahmad Zaidee.. haaa.. pilih mana yang berkenan.. kalau mau mintak jadi pawang 'buang bala' pown bley..


and, happy belated buFday to Siti Nurul-Hidayah.. 


owhh.. di kesempatan ini saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan.. sorry kalau terkasar bahasa, tersalah bicara, terguris hati.. aku minta maaf.. semoga kita berjaya dengan cemerlang dalam exam nanti.. good luck semua.. Tuhan menjanjikan reward untuk orang yang berusaha.. so, jom study!!


best of luck!!


dah.. dah.. dah.. jom study.. 


apapown, stay healthy, stay cute, stay happy..

=)






︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

13.4.11

kawan atau musuh?

assalam.. =)

mula-mula aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawan yang sudi mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan aku pada 9 April lepas.. *biarpown ada juga yang lewat.. sambil jeling orang sebelah.. hehehe.. terima kasih sangat-sangat.. aku terharu sebab nampaknya, dalam kehidupan sibuk kalian, nama aku masih juga terlintas difikiran kalian semua.. tanpa ucapan dan doa daripada kalian, ulang tahun kelahiran aku yang ke22 ini akan hambar.. macam bagi ucapan anugerah la pulak kan.. heee...


tapi aku rasa sedih gak laa sebab sejak hari kejadian, sampai hari neyh, aku masih belum sempat mengecapi nikmatnya cheesecake!! owhh.. sungguh busy disitu yaa.. no celebration.. no cake.. no good food.. tapi aku bersyukur sebab masih ada yang sayang!! aku pernah dengar satu ceramah neyh, dia kata, doa itu lebih penting berbanding party or hadiah or cake or what-so-ever.. so, aku sepatutnya sangat-sangat bersyukur sekarang.. 


*bapak aku baru jerr bank in hadiah.. yeeehhhaaa!!


tapi itu bukan isu utamanya disini.. aku mau cerita tentang apa yang kawan aku cakap.. 


"having best enemy just like having best friends. You can't hate  your friend, but you can always hate your enemy. You can't scold you friend, but you can always yelling at your enemy. Sometimes, when you are stressed, person that you want to see is your enemy so that you can release your anger to them without feeling bad about it. Who cares? They're your enemy anyway."


okayh.. agak kejam statement.. tapi bila fikir balik, ada betulnya. untuk menjaga hubungan baik youlzz dengan kawan-kawan youlzz, musuh itu perlu.. hurmm.. memang laa dalam hidup neyh weolzz tidak digalakkan untuk saling bermusuhan.. tapi kalau setakat sering saling menjeling dan menjadikan tempat melepaskan tekanan, aku rasa  musuh tuu perlu kowt.. lagi rapat silaturahim adalaa.. kenapa? sebab, bila weolzz rasa stress, weolzz akan cari  musuh weolzz kan.. apa dia buat, semua xkena.. semua salah.. semua mau tegur.. lepas tu, dia pown balas balek.. lepas tu, adegan aksi jeling menjeling pown berlaku.. malas layan.. buat apa ambek kisah, kau musuh aku.. cakap laa apa kau mau cakap, aku xambek peduli... naaa.. lepas tu, mesti rasa kurang stress kann.. youlzz xterasa hati dengan dia sebab dia tau youlzz musuh dia, dan youlzz tahu dia musuh youlzz.. haaa.. 


hurmmm... betul jugak kann.. orang yang paling ambil berat tentang kita adalah musuh kita.. kerana setiap pergerakan kita, tutur kata kita, tingkah laku kita akan diperhatikan oleh musuh kita.. tiada orang laen yang akan mengambil berat seperti itu.. kan. kan. kan. 


tapi kan, kadang-kadang, bila musuh kita berkata sesuatu yang xsedap didengar tentang kita, maybe kita perlu fikir balik dan renungkan.. reflect segala apa yang telah kita lakukan.. mana tau kowt-kowt kita memang salah.. orang laen xkan nampak kesalahan kita melainkan musuh kitaa.. sebab theyolzz laa yang selalu meluangkan masa memerhatikan kita.. betul takk.. siapa setuju angkat tangan macam neyh.. *tangan dihayun ke udara.. okeyhh.. enough.. rumet aku dah pandang pelik..


so, kesimpulannya, hargailah musuh anda.. dia boleh dijadikan tempat melepaskan perasaan geram, marah dan tertekan.. dia juga boleh jadi penegur yang baik *owhh..bukan dari segi cara mungkin.. dia boleh jadi insan yang paling dekat dengan kita. dan dia juga boleh jadi teman terbaik yang kita pernah ada.. siapa tahu..


"don't hate your enemy too much.. they may change in to become more better person.. love yourself, love your family, love your friends, and love your enemy.."


until now, stay cute, stay healthy, stay happy..


=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

9.4.11

my 22nd buFday!!

assalam..=)

okayh, aku amat mementingkan diri sendiri nampak bila aku hanya update blog hari neyh..
actually, 6th April is my bff buFday..
beautiful and sweet girl from Tawau..
Ramadana R.
7th April pulak adalah buFday my another bff...
energetic and happy-go-lucky girl from Tawau...
Jennifer Grace..

8th April is my fwenz buFday..
gorgeous girl from kelantan..
Siti Nurul-Hidayah..

9th April is my another fwenz buFday..
active boy from sarawak..
Hishamsyah..
good girl from sarawak..
Azreena..
my lil' sista bff,
Ani..
boy called pingu long time ago..
Fazir..
and my fwenz from same birthday,
Fazlan & Lynna..
not forgotten, my 'adek fasi' from semesti
Najeeha..
  
and today, 
it's my birthday!! yeehhaa... 
alhamdulillah.. 
thank you Allah sebab beri aku peluang untuk terus hidup di dunia ini...  

perasaan aku menjelang buFday?
no feeling kowt..
awal2 lagi aku sudah selamat bawah selimut.
xda countdown tengah malam..
titow terus sampai ke pagi..

tahun neyh macam xda feel mau celebrate..
entah laa..
xexcited neyhh..
maybe sebab makin tua kali yaa...
sindrom usia 22 tahun..
ngeh3x..

my family celebrating my buFday on 8th April..
day before my actual buFday..
and most important is, they celebrate my buFday without me..
apakah?
tapi xpaa laa..
huhuhu...

okayhh..
my buFday wish..
hmmm...

- i wanna eat cheesecake!!
- aku harap everything will be okayh after this..
- wanna be a good girl..
- most important is, wanna grad with flying colors!!
yeay!!

aku berharap supaya aku dapat jadi insan yang berguna..
berbanding sebelumnya..
aku mau jadi matang..
cuba untuk mengatasi kelemahan selama neyh..
*okay, maybe aku patut letak zip pada mulut..sbb aku selalu terlepas cakap..

so, no celebration this year i guess..
dengan kerja berlambak, rasanya ada mood mau celebrate x?
entahh laa..

owhh..
i love buFday..
and i love celebration actually..
tapi kesibukan melanda diri..
terpaksa laa layan diri dengan asaimen..
'best' buFday ever..
*mata memandang ke atas, tangan ke dada..
duhh...

apapown, stay cute, stay healthy, stay happy...
=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

5.4.11

senyum.

assalam. =)

owh. betapa aku mencuba untuk tersenyum. sebelum tu aku ingin memohon maaf kalau kebelakangan neyh aku hanya post entry yang menceritakan keserabutan minda aku. owh. owh. owh. sangat serabut sekarang. tolong tenangkan aku!

I wanna cry. but I can't. youlzz pernah rasa macam tu? rasa down, tertekan. mau nangis, tapi tidak boleh. macam ada sesuatu menyekat air jernih itu untuk mengalir. rasa sakit di dada. genggaman tangan semakin kuat. tapi air hangat itu tetap enggan mengalir sebagai peneman duka. maka aku keseorangan. bukan tidak berteman tapi cukuplah sekadar aku merasai keperitan ini.

cheitt! macam masalah negara kan. kan. kan. owh. tapi aku betul-betul serabut sekarang. terlalu banyak perkara yang menyesakkan minda. hold me tightly. hug me!

kadang-kadang aku suka pakai pemerah pipi. sebab aku perlu senyum tiap kali aku sapu benda tu di pipi. dan itulah kali pertama aku tersenyum dalam masa sehari. owh.

*saat ini aku tak mampu tersenyum walau berkali aku mencuba. =) sangat hipokrit kayh!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

3.4.11

jangan bersedih kawanku

assalam. salam pembuka bicara. =)

minggu neyh memang menjadi satu minggu yang banyak mempermainkan emosi dan perasaan. banyak dugaan yang datang dan terkadang terasa berat untuk menanggungnya. tapi aku tau, itu semua demi menjadikan aku lebih matang. kan.

kawan-kawan pown sama. semua sedang berperang dengan emosi masing-masing. exam hanya sekitar sudut saja. dan sekarang neyh memang sedang serabut dengan banyak benda. markah test yang cuma sedikit menambahkan beban dalam kepala. owh. Tuhan, bantu aku menghadapi semua ini. berikan kami kekuatan untuk menghadapi semua ini.

kawan-kawan aku sedang bersedih sekarang. terkadang teringin rasanya untuk memberikan dakapan kepada mereka. meminjamkan bahu menangis untuk mereka. menyalurkan kekuatan dalaman untuk menghadapi dugaan ini. tapi aku tau ini mustahil. mereka jauh di sana dan aku di sini. aku hanya mampu memberikan nasihat dan tanpa aku sedar, aku juga menangis sebab mereka. aku bukan bersimpati, tapi aku berharap agar separuh dari kesedihan mereka terluah. agar beban yang berada di pundak mereka dapat dikurangkan. aku harap mereka tabah menghadapi segalanya.

ingat satu perkara kawanku, apa yang berlaku, ada hikmahnya. percaya dengan ketentuanNya. ada perancangan yang jauh lebih baik untuk kita nanti. hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. okayh?

apapown, stay healthy, stay cute and stay happy.

=)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}