It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

27.6.11

aku cikgu kental?

assalam.. =)



rujuk tajuk entry kayh. Sangat laa auta nyaa.. hahaha.. Tapi tengok laa keteguhan kami menyiapkan nombor untuk peserta larian 1 Malaysia sabtu neyh.



tengok.. rajin x rajin? time blackout pown masih kental buat nombor peserta..



Cantik xcantik, kemas xkemas.. itu belakang cerita.. janji ada..
aku neyh bukan ada tangantangan seni nak membuatkannya cantik dan kemas.. hehehe..




siap di temani lilin aroma terapi lagi.. *kami panaskan ubat nyamuk kayh..
kali neyh xda bau 'teddy's dream' laaa..



dah macam scene bersamamu dah aku tgk.. hahaha..




kalau tidak dihargai, memang aku kecik ati laaa.. penat oo mau tulis.. hehehe..




fuhh..



nombor ke seratus!! yeehaaa...




0101.. okayh.. ada 599 keping lagi kayhh..




dalam gelap pown layan tulis nombor..



haaa.. kental tak.. baru siap sampai nombor 200.. kena siapkan sebelum khamis neyh.. wish me luck!! 

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

25.6.11

hari sukan sekolah

assalam.. =)



macam kat sekolahsekolah lain, hari sukan memang menjadi topik yang hangat pada masa kini.. sebab semua sekolah sibuk mau buat hari sukan sekolah. Sekolah tempat aku praktikal sekarang baru jak settle buat hari sukan sekolah pagi tadi. Sampai jam 2 petang jugak laa baru habis. Itu pun hari neyh cuma acara balapan final. Acara lelaen dah settle waktu weekdays hari tuu..



Aku dengan watie berkhidmat di rumah lekir. a.k.a rumah hijau. bebudak neyh kata, lekir okayh. tapi.. tapi.. tahun neyh dapat tempat ke-5 daripada 5 buah rumah sukan. Hebat tak? mestilaa hebat kan. Tapi olahragawan dan olahragawati datangnya dari rumah lekir. Tak mengapa laa kowt. Bukan rezeki. *badi cikgu baru neyh kaa? (kompius) Yang lucunya, bila MC umum tempat ke-5, kami rasa macam, 'owh lekir..eh, lekir? kami laa tuu?'.. serious sunyi jerr lepas MC cakap tempat ke-5. rasa macam ada gagak lalu.. cehhh..


disebabkan aku tidak sesihat mana hari neyh, so aku stay under khemah jak sepanjang hari..
owhh.. sangatrindumaujeritmacamdulu..


Sepanjang sukan berlangsung, aku sangat laa rasa uneasy. Bukan sebab apa. Perut, kepala dan seluruh badan tidak memberikan kerjasama yang memberangsangkan. Sempat jugak melarikan diri ke toilet tuk muntah. Sungguh tidak best. Tapi it's okayh laa. =)


inilaa khemah lekir..tahun neyh xda pertandingan hias khemah..sbb tu simple n steady jerr..


Owhh. kan best kalau waktuwaktu macam neyh aku masih bergelar student. mesti tanpa segan silu menjerit di tengah padang macam alaala cheerleaders.. hahaha.. sayangnya, cikgu kena sopan santun. Plus, aku kan masih dalam pemerhatian.



neyh dia cikgu lekir & tuah.. say cheese..



redupredup jerr waktu sukan pagi tadi.. syiokk!!


Tugas kami hari neyh ialah memastikan semua pelajar mendapat makanan yang cukup. hehehe. rasa macam manja pulak budakbudak neyh bila kita kena jaga makan dorang.. suweeettt..



ni laa dia pengurus rumah sukan, tukang jaga air, motivator rumah lekir..
memang berbakat laaa.. hahaha. penglipur laraa..

Tapi yang bestnya bila budak pagi panggil kami kakak. Maybe diorang sangka kami neyh just kakak2 yang sudah habis sekolah and saja datang melawat sekolah time hari sukan. Dorang tak percaya kami neyh cikgu kat sekolah neyh. "collage student" dorang kata. hehehe.. riuh satu khemah sebab panggilan kakak tuu.. muka memang muka tidak mau percaya.. huhh..


Walaupun lekir dapat tempat last, tapi kami tetap best.. biar kalah asal bergaya.. bila kalah, buatbuat injured.. hahaha.. cuba lagi tahun depan yaaa!! 


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

24.6.11

cerita cikgu

Assalam.. =)



fuhh.. lama xda update arr.. kunun laa cikgu busy gilaa.. tapi macam biasaa laa.. bergelumang dengan lesson plan dan bebudak yang xmatang lagi memang macam tuu..



kerja guru menampal errata kat buku interlok.. best gak.. tapi dia kata sorang guru, 4 buku jerr.. so, saya yang menurut perintah laaa..





tengok cikgucikgu yang laen.. penuh bersemangat berkhidmat untuk negara...
kankankan..




penuh berdedikasi yawww...

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

19.6.11

selamat menyambut hari bapa.. =)

assalam.. =)


bila bercakap tentang seorang lelaki yang paling kacak, hensem, bergaya, macho di muka bumi ini, aku mesti touching.. sentap hati aku okayh.. kenapa? tepuk dada, tanya hati.. 



kenapa mesti kenang jasa bapa? owhh.. siapasiapa yang tanya soalan itu, sila ketuk kepala anda berkalikali. tanpa bapa, kita tidak akan berada di muka bumi yang indah ini, kan? Tanpa bapa, kita tidak akan dapat perlindungan, makanan dan pakaian yang cukup, kan. Tanpa bapa, kita bukan laa siapasiapa. Well, mau jagi janin pown kena ada sperma dari bapa, kan?


Banyak yang bapa aku buat untuk aku. Sejak kecik lagi aku menumpang tinggal di umah bapa. Pastu lampin, susu, dan keperluan lain, bapa aku yang tolong provide kan. Pastu hantar pegi sekolah. Hantar masuk matrik. Hantar masuk U.. pastu tiap bulan minta duet makan. Tak cukup dengan itu, minta laptop, handphone baru, beli tiket kapal.. haaa.. ingat murah bendabenda tu semua. 



Bapa aku tidak laa banyak tanya sangat tentang apa yang aku buat. Bila aku mau ke manamana, as long as aku bagi tanu aku ke mana, buat apa, dengan siapa, bapa aku senyap. Dalam kereta, kalau aku text dengan siapasiapa, dia tak tanya pown. Aku scandal dengan budakbudak sekolah pown bapak aku tidak bertanya. Mungkin bapa aku tidak pernah bercitacita menjadi pegawai penyiasat kowt. Tapi yang menyentapjantung ialah bila bapa aku tahu aku kawan dengan siapa, kapel dengan siapa, gaduh dengan siapa walaupun bapa aku tidak pernah bertanya. Owhh. Hmm.. bapa aku tidak bertanya, tidak bermakna dia tidak kesah. Kan?



Dulu sampai sekarang aku masih alaala takut dengan bapa sendiri. Tak tau laa kenapa? Muka garang macam Castello kowt. Hehehe.. Tapi sejak aku belajar jauhjauh neyh, bila bapa aku call, then kami ketawaketawa, mesti aku akan mengalirkan air mata. Padahal benda lawak kowt. Apasal sentapjantung pulak kan. Complicated btol laa..



Tapi aku tamak kowt. Kadangkadang rasa macam bapa aku tidak memberikan aku kasih sayang sepenuhnya bila aku minta bendabenda yang bapa aku tidak mahu bagi. Padahal, apa yang aku ada sudah lebih dari cukup. Aku memang macam tuu laa kowt. Tidak pernah puas. Tapi bapa aku tidak pernah marahmarah bila aku minta macammacam.



owh. to be frank, aku kekok bila bercerita tentang parents. But I really do miss them soooo much. Okayh, rasa sebakdidada. 


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

14.6.11

[simple but true]





It is not over yet!! mungkin kau yang akan menang, tapi tiada siapa tahu.. kerana kadangkadang peluang kedua itu memang ada..

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

13.6.11

video untuk kawan saya!

assalam..=)


okayh.. sempat lagi aku mengupdate blog waktu-waktu begini kan.. sebenarnya aku sedang menyiapkan lesson plan a.k.a rancangan pengajaran harian tuk petang nanti.. apapown xsiap lagi neyh.. apakah?


untuk pengetahuan kawan-kawan yang saya sayangi, video untuk kamu yang aku buat lama dulu telah diprivate kan atas sebab tertentu.. tapi rasanya kalau mau tengok lagi untuk menimbulkan rasarasakenangan, bley laa tekan link di bawah kayh..




apapown, have a good day kawankawan!!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

12.6.11

[simple but true]

"Kadang-kadang, kita rasa kita sudah tidak bermakna bila kita terlalu lama sendiri.. tapi, kita lupa..~~"
 

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

9.6.11

physics can explain life too

assalam.. =)


Satu lagi entry yang akan ditulis dengan kata hati dan akal fikiran.. Ini semua adalah pandangan saya dan cara saya untuk melihat dunia dan kehidupan di sekelilingnya.. Kalau anda tidak bersetuju, saya cadangkan agar anda menulis sendiri pandangan dan pendapat anda.. *macam intro dalam filem pulak kan.. hihihi..



Disebabkan saya ni adalah budak yang masih belajar dan sedang menuntut disebuah univesiti dalam bidang fizik, saya suka melihat dunia dari hukum fizik yang saya telah belajar. Tapi bukan mudah, kan? Sebab kadang kala, konsep itu sendiri terlalu rumit untuk difahami dan dipelajari. Mungkin itu adalah sebahagian hidup yang penuh dengan liku kehidupan. Penuh dengan duri tajam yang bisa menusuk jiwa. Membuatkan hati lara.



Kalau anda pernah belajar tentang fizik, tentu anda ingat dengan Isaac Newton. *aku biasa panggil Pak Ton jerr. Hehehe.. Hukum Newton ketiga menyatakan, setiap daya yang bertindak, ada satu daya yang sama magnitude tetapi dengan arah yang bertentangan dengannya. Atau dalam bahasa BI nya, for every force, there is another force with same magnitude but in opposite direction acted on it. owhh.. Bahasa mudahnya pula, F=-F. Setiap apa yang kita buat dalam dunia neyh, kita akan dapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita buat. Kalau kita buat jahat dengan orang, nanti orang akan buat jahat dengan kita balek. Orang selalu sebut sebagai Karma. Zaman sekarang neyh, semua bayar cash. Kadang-kadang tu, baru jer buat jahat, terus dapat balasan. Tak payah tunggu lama-lama. Bila kita buat baik pulak, konfirm dapat balasan yang lagi mahal dari Tuhan. Kan? Sebagai pelajar, benda action reaction neyh laa yang saya paling banyak rasa. Bila exam sudah hampir, lagi laa terasa hukum karma neyh. Kalau kita study leklok, mesti dapat keputusan gampak. Tapi bila study ala kadar, result pown cukup makan jerr. Hmm.. selalu sangat kena. Bila tengok slip tu macam ada yang tidak kena, mesti rasa down. Tapi bila fikir balik, owh.. "aku patut berusha lebih keras lagi," ayat tu laa yang selalu keluar. Memang tidak dinafikan hukum Newton ketiga neyh dalam kehidupan seharian.




Lagi satu hukum fizik yang saya mau kongsi ialah Prinsip Bernoulli. Prinsip Bernoulli menyatakan, bila laju bendalir meningkat, tekanan dikawasan bendalir itu akan menurun dan begitu juga sebaliknya. Dalam bahasa BI pulak, when speed of liquid increase, the pressure exerted will decrease and vice versa. Haaa.. Anggapkan bendalir tu sebagai kehidupan kita. Bila hidup neyh berjalan terlalu laju, dan banyak benda yang datang dalam hidup sehinggakan kita sendiri tidak dapat untuk catch-up with life, apa yang kita perlu lakukan ialah stay cool dan bertenang. Jangan tertekan. Let the pressure decrease. Ingat bahawa setiap ujian itu adalah diciptakan untuk kita kerana kita mampu menghadapinya. Tapi tidak mudah kan? Untuk sentiasa menjadi optimistik. Sentiasa berfikiran positif. Sebab itu kita sering mengeluh. Kita tidak pernah besyukur dengan apa yang kita ada. Tidak akan pernah. Kan? 




Okayh, no offend. Entry neyh sekadar suka-suka. Kalau rasa menyampah mau baca atau rasa macam tidak setuju part mana-mana, tegur dengan berhemah. *macam laa ada orang yang baca blog neyh.. negh3..



apapown, stay cute, stay happy, stay healthy..
=)



p/s: mood angau neyh lahir apabila aku membaca tweet dari pujangga yang sering bermadah tentang kehidupan.

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

5.6.11

[simple but true]

"Dream! before it become reality"

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

2.6.11

[simple but true]

"kadang-kadang rasa meluat dengan orang yang mulanya tunjuk hebat, tapi akhirnya memerlukan bantuan"

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

1.6.11

[simple but true]

"Sebuah Epilog bukanlah suatu pengakhiran tetapi ia adalah suatu permulaan yang baru"

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}