It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

15.10.11

ionic bond vs covalent bond

assalam. =)


Haaa?! Aku nak update tentang benda-benda ilmiah? Ada kaitan dengan kimia pulak tu? Tak pernah-pernah aku post entry yang berfaedah kan. Biasanya merapu merepek memanjang. Kenapa aku nak post tentang benda-benda ikatan atom pulak neyh?


Okayh, okayh. Jangan kalut, jangan gelabah. Ini semua adalah kesan dari tugasan yang baru diberikan dan harus disiapkan sebelum minggu depan. Jadi, aku memang laa tengah demam dengan ikatan-ikatan kimia neyh. Waktu tengah sibuk selongkar buku, selak mana-mana yang patut, tanya pacik google, aku terfikir sesuatu. Haaa.. Mau tau apa yang aku fikirkan? Haaaa.. Jeng. Jeng. Jeng.


Aku memang jiwang sikit. Lebih-lebih lagi bila aku dah tukar status dalam muka buku, berkali-kali. Siapa yang memang dah kenal aku dalam muka buku akan faham kot. Jadi, kalau youlzz geli geleman nak melayan jiwang aku, sila tekan ctrl + F4. Huhuhu..


Ionic bond.
Siapa-siapa yang pernah belajar kimia mesti tahu apa itu ionic bond. Ikatan ini terjadi apabila suatu atom 'menyumbangkan' satu electron kepada suatu atom lain. Atom yang 'menyumbang' neyh akan dapat charge positive, manakala atom yang 'menerima' neyh akan dapat charge yang negative. Kemudian, kedua-dua atom yang berlainan charge neyh akan bergabung menjadi satu molecule. Ikatan ionic neyh kuat dan mempunyai takat lebur yang tinggi.

ionic bond


Covalent bond.
Covalent bond pula terjadi apabila dua atom berkongsi electeron. Kenapa nak kongsi? Supaya lebih stabil dan memenuhi petala terluar sesuatu atom tersebut. Biasanya, molecule yang terbentuk melalui covalent bond ini akan berkongsi sama ada satu ataupun lebih electron dengan suatu atom yang lain. Kedua-dua atom ini akan bergabung dan menjadi satu molecule.

covalent bond


Okayh, apa kaitannya dengan jiwang-jiwang kan. Sekarang aku nak kaitkan kedua-dua jenis ikatan itu dengan kehidupan kita sebagai manusia di muka buku bumi ini.


Kalau kita perhatikan, pasangan dalam dunia neyh terbentuk dengan ikatan yang hampir serupa dengan ionic bond dan covalent bond. Bagi pasangan yang salah seorang dari mereka selalu memberi, dan sebelah pihak lagi selalu menerima dan akhirnya, pihak yang selalu menerima itu akan rasa tertarik dengan orang yang selalu memberi. Akhirnya mereka bersatu dan membentuk suatu keluarga yang baru. Ikatan ini mudah terbentuk, namun merupakan ikatan yang kuat dan sukar untuk dipisahkan. Daya tarikan yang berbeza, positive dan negative juga memberikan sebab mengapa mereka sukar dipisahkan. Jangan laa gelabah bila jumpa dengan orang yang memang 360darjah berbeza dangan kita. But wait, kalau pusing 360darjah, bukankah kita akan berhenti pada tempat kita bermula. Hurm. Berbeza bukan bererti tidak boleh bersama. Tapi cuba memberikan kelebihan kita, untuk memenuhi kekurangan orang lain. Bukan begitu?


Bagi ikatan covalent pula, pasangan yang terbentuk dengan analogi yang serupa dengan ikatan ini akan berkongsi segalanya dan tentang apapun. Perkongsian ini akan melengkapkan hidup masing-masing untuk menjadi lebih stabil. Tapi, covalent bond neyh mempunyai takat lebur yang rendah dan senang untuk dipisahkan. Jadi, sharing is caring, huh? Analogi kurang tepat!


Owh, dan banyak ikatan lain yang aku belum sempat baca sampai habis sebab aku excited sangat nak share apa yang aku fikirkan kan sekarang.


Motif? Aku saja nak share apa yang aku baca petang tadi, dan apa yang terlintas difikiran sewaktu aku sedang membaca. Tujuannya cuma satu, aku nak tunjuk yang aku neyh rajin buat asaimen. *tepuk bahu sendiri. buweekkk


Dan esok adalah ahad. Lepas ahad pula Isnin. Dan kerja aku, sikit pun tak siap. Tapi aku masih merepek di sini. Whatever!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

12.10.11

hati tersentap!

Assalam. =)


Baru-baru neyh aku post entry pasal lelaki pilihan hati. Memang beria aku story pasal ciri-ciri yang mesti ada dalam lelaki idaman aku. Memang ala-ala manusia paling sempurna dalam dunia kan.


Malam neyh aku terbaca status yang dipost oleh seorang kawan. Bunyinya macam neyh:


"semua lelaki mau perempuan yang pandai memasak. semua perempuan mau lelaki yang pandai jadi imam. bila semuanya terlalu memilih, tinggal lah sekumpulan manusia kayu hanyut yang terdampar di tepi sungai menunggu reput. gitu... moral of the story - ye memang benda-benda tu semua perkara yang perlu dititikberatkan tapi kalau dah jodoh dengan orang yang tak reti dengan semua tu, berusaha lah untuk mendidik dan mengembangkannya. jangan terlalu memilih" quote from a friend (sila tekan)


Haaa. Sentap kayh! Tapi tak marah atau melatah. Sebab apa yang dia tulis memang betul. Memang tidak ada yang sempurna dalam dunia neyh. Dan tidak ada yang boleh memenuhi permintaan kita tanpa cacat cela atau  sedikit kekurangan. Tidak salah untuk memilih, tapi jangan terlalu memilih. Kena cermin diri sendiri dulu.


Tapi tidak salah kalau nak berangan yang baik kan. Apapun, impian dan angan-angan tu fleksible. Boleh diubah dan berubah. So, kalau rasa-rasa macam diri sendiri tu terbaik sangat, mungkin layak laa dengan manusia sempurna. Ingat, aku tekankan di sini, MUNGKIN.


Dan aku nyatakan disini, semua itu cuma angan-angan aku. Dan aku sedar tidak ada manusia yang seperti itu. Mungkin itu sebabnya aku masih sendiri. Okayh, itu bukan statement untuk promo diri sendiri. Mungkin lepas neyh aku perlu menerima kekurangan orang lain, sama seperti aku mahu orang lain menerima kelemahan aku. Kan. kan. kan.


So, terimakasih kepada kawan yang telah post kata-kata sentap yang menyentap jiwa. Serius! Membuatkan aku sedar bahawa untuk mendapat yang terbaik, kita harus menjadi yang terbaik. Supaya kita dapat mendidik yang tidak baik untuk menjadi yang baik, sama macam kita yang sudah sememangnya menjadi yang terbaik. HAH! Ambek kau ayat aku.


p/s : bukan entry untuk hentam menghentam. cuma menyedarkan diri yang terlebih perasan gorgeous. Terimakasih kawan. =)

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

11.10.11

Dia pilihan hatiku

assalam. =)


Apa khabar semua? Dah makan? Okayh, apa mimpi aku tetiba tanya dah makan ker belum. Macam laa kalau youlzz tak makan lagi, aku nak tolong masak untuk youlzz kan. 


Entry kali neyh aku nak story tentang lelaki idaman. Bila ditanya soalan seperti ini "Apakah ciri-ciri bakal suami anda?" kepada si gorgeous di luar sana, ada yang jawab "Yang GAGAH". Gagah okayh, bukan gaga. Yang kuat. Ada juga yang jawab "Yang memahami". Understanding. Atau pun macam neyh "Yang penyayang"


Bagi aku, cuma satu. "RELIABLE". Seseorang yang kita boleh bergantung harap. Seseorang yang boleh menjadi imam di dunia dan akhirat. Seseorang yang boleh menjadi doktor dan nurse bila kita sakit. Seseorang yang boleh jadi pembantu rumah dan pengasuh bila kita sibuk. Seseorang yang boleh manjadi bahu menangis bila kita bersedih. Boleh menjadi badut semata untuk mengembalikan senyuman kita. Boleh menjadi pakar motivasi bila kita terasa seluruh dunia membelakangi kita. Seseorang yang boleh mengubah dunia hitam putih menjadi berwarna warni. Seseorang yang berupaya melakukan segalanya untuk memastikan kita selesa dan gembira. Seseorang yang tangisnya kerana merindui kita. Seseorang yang teguran dan nasihatnya kerana dia menyayangi kita. Seseorang yang tidak pernah berputus asa dikala dunia tidak menyebelahinya. Okayh! mungkin permintaan aku melampau. 


Rasanya perkataan "RELIABLE" menjelaskan segalanya yang aku perlukan dari seorang adam. Cheesy bukan. Tapi itu hakikatnya. 


Tak mau taip panjangpanjang. Sebenarnya yang memberikan aku ilham untuk taip entry macam neyh adalah kerana sekeping gambar yang di post dalam mukabuku malam neyh. 


*kredit to http://leilockheart.tumblr.com/

Okayh. Sampai jumpa lagi. Until next entry, daaa..

Salam. =)



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

9.10.11

senior semester 8!

assalam. =)


Haruslaa bangga bila berada pada semester terakhir kan. *senyumsenyum


Tapi kalau kerja bertimbun setinggi gunung kinabalu, baek tak payah nak semester 8 sangat laa kan. Eh. Eh. Mana boleh. Kalau tak semester 8, bila nak grad? Cuba fikir kejap. Haaa..


Semester 8 neyh, aku stay di rumah taman university depan kampus nun. Jauh tak jauh, letih gak kalau nak berjalan kaki ke kelas. So, aku dengan muka tidak malu, tumpang kereta kawan. Sharing is caring kan. Betul tak? Tapi rasa macam tak sihat pulak kan. Sebab tak berpeluh. Huhuhu. Tak paa, nanti aku dah sehat sket, aku try jalan kaki pulak. Huk3x.


kami gorgeous okayh! itu fakta!


ini laa rumet aku semester neyh!

Memandangkan ini adalah semester 8 dan semester terakhir kami sebagai batch Physics 2008/2012 di UPSI, kami mengambil keputusan untuk tangkaptangkap gambar bersama. Memang jarang kami nak gather ramai-ramai macam neyh. Okayh, malas nak taip panjangpanjang. Jom usha gambar!


haaa.. tu diaa.

haaa.. ni laa antara coursemate aku. comey x?

macam tengah kenduri kan. hehehe.

uish. macam tengah jawab exam jer..

macam dekat sawah bendang kan. kan.

gambar neyh boleh letak dalam album zaman duludulu. hehehe.


si gorgeous

muka letih. memang setiap hari pun letih kowt!


Okayh. Laen kali aku update lagi kayh. Daaa..



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

7.10.11

22nd bufday

assalam.


Rujuk tajuk entry. Okayh itu bukan birthday aku. Aku muda lagi. Harus laa belum sampai 22 *tak mau mengaku dah tua. 


Semester neyh saja, dah dua kali aku jadi party planner. Mula-mula start semester hari tu, aku plan birthday untuk tok dalang yang selalu menjadi penjahat paling dikehendaki ketika sambutan hari lahir. Kali ni, kami pula kenakan dia. Sambutan yang disambut 2bulan lewat, *(sebab cuti sem) itu dipenuhi dendam. Hahaha. Siap sanggup beli telur 10 biji semata-mata nak kenakan dia. Aku memang tak baling apa-apa pun sebab malas! *(aku kan baek). Hahaha. *Sori xda pic.


Semalam pulak aku culik kereta birthday girl untuk pergi beli kek untuk dia. Nasib baik ada supir tolong bawa kereta pergi pekan sebab kami memang laa gorgeous tapi tak berani nak bawa kereta ke pekan. Tapi supir tu kerja separuh jalan jer sebab dia nak pergi dating. Okayh fine! kami pun bawa kereta balik rumah. Selamat dan bahagia jer kami drift kereta birthday girl. Hahaha..

ha.. tu laa si gorgeous yang temankan aku mencari kek dan hadiah untuk birthday girl..

okayh. ni takda motif..

Birthday girl tak suspek apa2 pun even kami bawa lari kereta dia malam2. Adeyhai. Suci benar pemikiran. Kalau aku, mesti dah terhidu bau2 bacang dah. Hahaha. 

ni laa dia kek yang kami beli. hehehe

dah tak sabar nak makan laa tuuu..


hehehe.. penghuni villa 2A.. yang pakai shawl hijau tu laa birthday girl nya!

okayh. macam konfius sapa yang birthday kan!

tu diaa.. potong kuek nya!

biar aku bahagi sama rata. hehehe.

nah. memang kalau si gorgeous makan kek.

ni adalah token untuk supir. hahaha.. =P

ni adalah bukti bahawa token telah selamat diterima oleh jiran. hehehe.


Huhuhu.. Lepas neyh nak plan birthday siapa pulak? hurm.


haaa.. ni laa dia muka party planner. letih jadi party planner neyh!



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

4.10.11

muntah hijau

assalam to all readers.. =)


Aku nak tanya soalan yang paling hebat pada abad ini. Soalannya berbunyi begini, 'korang pernah tak muntah hijau?' aku pernah. okayh. Motif bertanya soalan? entah apa apa jer laa.


Cerita sebenar di sini bukan laa berkisar tentang muntah yang berwarna warni tetapi rasa nak muntah waktu tengah buat kerja rumah yang pensyarah berikan. Rasanya kerja rumah tu takda laa susah sangat untuk disiapkan kan. Tapi entah kenapa berchenta sangat nak menyiapkan kerja rumah yang berlambak tu sampai terpaksa stay up sampai pukul 4 pagi sedang kan aku dengan rasa gembiranya mengetahui bahawa aku wajib ke kelas pada pukul 8.00 pagi keesokan harinya. 

Nasib baik kerja rumah tu sempat disiapkan walaupun aku telah bertukar menjadi zombie yang lapar semalam. So, aku dengan bangga menghantar kerja rumah yang telah menjadi punya aku dan teman serumah meroyan tiga hari tiga malam.

Tapi pensyarah tambah dua lagi kerja rumah yang sama tahap meroyannya dengan kerja rumah pertama.

Motif aku ranting kat sini? Takda! Bye!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

2.10.11

jom ketawa!

JUST A JOKE...




soalan2 buduh org slalu tnya....




1. Bila org nampak ko baring tutup mata:

S: Ko tidur kah?

J: Tdk la, sy training mcm mana mau mati bah..




2. Imagine ko bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:

S: Mau kasi bagus kah ni tv?

J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.




3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:

S: Ko kluar time hujan ni?

J: Eh ndak la,hujan nanti baru sia kluar.=-?




4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:

S: Ko bangun sdh?

J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|




5. Kawan ko call fon ruma ko:

S: Mana ko?

J: Sini bus stop!:/




6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:

S: Ko baru mandi kah?

J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&




7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:

S: Going up kah?

J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)




8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:

S: Eeeh,bunga ka tu?

J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X




9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:

S: Ada urang kah?

J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!! >:/:x




10. Time baris d counter tiket wayang

S: Eh, ko mo tingu wayang ka?

J: Tidak la, saya sedang senaman ni




11. Suda lepas ofis hour, berancang mo stay di ofis skijap.

S: Eh, bulum balik lagi?

J: Suuda sa balik ni, pa ko buat di rumah sa ni?




12. Ko jalan2 sama kawan ko, trus kamu nampak dua orang bagaduh.

S: Kenapa diorang bagaduh tu?

J: Ala, lelaki tu pi cubit lolok dia time dia tidur, tapi dia baru kasitau tadi, tula dia marah. LOL...^__^







hahahaha.. aku ambek dari kawan. Just copy and paste. Sekadar hiburan dimasa tensi.




tiada kaitan antara hidup dengan yang mati kayh.. =)
︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

4th week of final semester

assalam..=)


Wish all readers a good day. 


Sedar tak sedar, aku sudah melangkah ke semester terakhir pengajian ijazah sarjana muda aku. Banyak yang aku telah tempuhi di bumi semenanjung Malaysia. Walaupun sepanjang hampir empat tahun aku menapak di sini, aku masih belum tergerak hati untuk menjelajah ke seluruh pelosok semenanjung dan aku tidak menyesal kerana mungkin aku akan ke sini lagi sebagai pelangcong. yeeehhaaa. 


Masa sebagai seorang pelajar bukanlaa boleh dibuat enjoy. *okayh, itu bagi aku saja. Entah mengapa, terlalu banyak kekangan yang sering menjadi aral melintang untuk aku berwara-wara di sini. Masa yang aku ada digunakan untuk menyiapkan tugasan dan mengulang kaji pelajaran untuk kuiz. *yang peliknya, tak pernah pulak aku skor kan. owhh demn.


Kebiasaannya, minggu keempat masih merupakan minggu honey moon. Kalau busy pun, cuma busy dengan kuiz jer. Tapi berbeza bila aku telah melangkah ke semester terakhir. Tekanan dan bebanan kerja serta tugasan begitu menghimpit sejak seawal minggu pertama. Final year project atau dalam bahasa ibundanya projek tahun akhir memerlukan perhatian yang sepenuhnya, ditambah dengan tugasan-tugasan lain. Alerr..


Dan kenapa ayat aku skema dalam entry neyh? Aku pun tidak tahu. Effect tekanan mungkin. Entah. Bye!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}