assalamualaikum & salam sejahtera.
Kita takkan tahu apa yang akan terjadi esok. Kau takkan tahu apa yang akan terjadi kepada kau, dan kau takkan tahu apa yang akan terjadi kepada keluarga esok. Kau juga takkan tahu apa yang terjadi kepada kau satu saat yang akan datang. Tiada siapa yang boleh meramal masa depan. Itu semua kerja Allah. Bukan kerja kita.
Dalam kelas semalam, seorang rakan seperjuangan menerima panggilan yang memberitahu bahawa ayahnya telah kembali kerahmatullah. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita kembali. Tidak dapat aku bayangkan rasanya kehilangan tempat kita bergantung harap. Insan yang sejak kita lahir kedunia membelai kita tiba-tiba pergi sekelip mata. Sungguh, aku tidak sanggup. Panjangkan usia kedua orang tuaku, ya Allah. Apapun, takziah buat rakan aku. Semoga kamu sekeluarga tabah menghadapi pemergian ayah kamu. al-fatihah.
Hari neyh, aku memang bergelumang dengan tugasan. Online sekadar mencari info. Lepas solat isyak, aku buka twitter *rutin harian aku. Aku dapat berita bahawa adik kepada teman sekolah aku kemalangan. Langgar lari. Dan adik kawan aku sekarang terlantar di hospital Kuala Lumpur. Masih tidak sedarkan diri, kalau aku tidak silap. Adik dia mengalami pendarahan di kepala. Owh. Tabahkan hati wahai sahabat. Sama-sama kita berdoa agar dia selamat dibedah dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. Aku mungkin bukan kawan yang baik, tapi percayalaa, doaku tetap sentiasa ada buat insan bergelar kawan. Hanya itu yang mampu aku berikan saat ini. Percaya dengan ketentuanNya. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja.
Tapi kalau pasal kes langgar lari sampai mangsa yang kena langgar tu terlantar di hospital, itu memang tidak patut. Mana sifat kemanusiaan kamu wahai Si Pemandu Yang Tidak Bertanggungjawab'? Aku dapat tahu yang adik kawan aku tu terlantar sebab dia lambat diselamatkan. Kalau kau dah langgar dia, apa salahnya kau tolong selamatkan dia? Aku harap kau akan tidak tenang selamanya. Sekurang-kurangnya, aku tahu yang kau masih mempunyai perasaan sebab kau rasa serba salah. Dan kau boleh memohon keampunan atas kesilapan kau yang telah membuatkan sebuah keluarga bersusah hati.
Waktu-waktu busy yang melampau macam sekarang neyh, kalau boleh memang nak elak gangguan luar. Memang aku nak sangat semua insan yang berada di sekeliling aku berada dalam keadaan selamat sihat sejahtera.
Ya Allah, Engkau lindungi aku, Engkau lindungi ahli keluargaku, Engkau lindungi sahabatku, Engkau lindungi ahli keluarga sahabatku, Engkau lindungi semua umat Islam di muka bumi ini. Jauhkan kami semua dari malapetaka, sifat benci dan hasad dengki orang lain. Sesungguhnya, kami insan lemah yang hanya mampu memohon perlindungan dariMu, ya Allah. Berikan kami kekuatan untuk menghadapi dugaan Mu. Dan kami yakin, di setiap percaturanMu, setiap apa yang berlaku kepada kami, ada hikmah disebaliknya. Amin~