It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

30.12.11

ingatkah kamu? [part 2]

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Aku nak sambung entry [Part 1]


Semester 4

Last semester kami ambil subjek kokurikulum.
Mula-mula semangat nak belajar muzik moden.
Last-last, lari jugak. Bukan sebab apa, takut tak boleh bawa.
Kami bukan tahu main alat muzik. 
But we do appreciate music.
Join fotografi.
Sekurang-kurangnya, dapat jalan-jalan ke Cameron.
Kih3x. Dan waktu itu, memang aku tension buat pameran.
Semua tak jadi okayh!
Nasib baik dapat A.

Semester ni jugak aku ambek subjek Instrumentasi Asas.
Best gila bila dapat buat gadjet sendiri. Power supply sendiri.
Lama dah rasanya tak buat kerja-kerja elektronik macam tu.
Best kowt.


Semester 5

Semester neyh laa yang paling sibuk
Teaching unit.
Projek fizik tenaga.
Lawatan ke Pusat Nuklear Malaysia. Dulu nama dia MINT.
Program Matematik di SMKSA.

fuhh.
waktu tu baru tahu erti letih tak cukup tidur.
Ehh. Tipu. Selalu jer rasa.

Waktu buat fizik tenaga best.
Dapat berkenalan dengan alatan-alatan bengkel.
Bila dapat generate energy, rasa heaven gila.
Berbaloi menghabiskan masa dalam bengkel waktu tu.
Tapi rasanya waktu tu laa kami rasa teraniaya.
okayh. forget about that!

Lawatan ke Pusat Nuklear Malaysia.
Lama dah kowt aku nak datang situ.
Bila dah ada peluang, memang happy-to-the-max.

Program luar dengan budak math.
Dugaan betul. Dua hari satu malam jer.
Tapi preparation memang sebulan kan.
Program kali neyh aku just buat part aku jer.
Malas sikit.


Semester 6

Waktu neyh memang haru.
Microteaching. Macroteaching.
Memang mencabar minda.
Lepas tu kena buat program fizik pulak.
Ulang alik ke Teluk Intan. Eh, tipu. Dua kali jer.
Yang neyh aku tak boleh malas-malas.
Kih3x.

Makro kat sekolah memang banyak buat aku terpaksa susahkan orang lain.
Apapun, thanks untuk yang terlibat.
You know who you are.

Kelas pulak ada yang kelas malam.
Okayh, memang kelas sejam akan habis jam 10. kelas 2 jam habis jam 11 kan.
Tapi last class, kitorang paksa lecturer belanja makan pizza.
kih3x. Kejam tak?
Tak kan.



kalau nak tahu lagi, jom lompat ke [Part 3]

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

29.12.11

ingatkah kamu? [part 1]

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Ingatkah kamu saat kita bersedih. Ingatkah kamu saat kita bahagia. 

Stop! Kalau nak tahu ini adalah apa, sila tekan sini. (TEKAN)

Sungguh nostalgik bila dengar lagu ini lepas kembali ke memori masa silam.
Tengah khusyuk study, kawan (TEKAN) hantar link suruh tengok blog sorang minah neyh.
Sangat terkejut okayh bila buka blog tu. 
Bila tengok sorang manusia dalam blog tersebut, terus terimbau kembali masa lalu yang pernah dilewati.

Aku dengan member baek sejak semester satu terus terbang tanpa sayap dan tikar terbang balek ke zaman lampau. Habis semua strory keluar okayh.
Jom kita jalan-jalan mengimbau kenangan.

Welcome to my memory land!

Semester 1

Fuhh.
baru sampai kowt. Datang sendiri!
Mak ayah memang tak hantar laa. Sebab jauh.
Redha jer aku terbang ke bumi semenanjung neyh sorang2.

Minggun orientasi yang perghh.
Menduga iman betul.

Kelas.
Hari first, sesat itu normal.
Cari lab, tak jumpa. Sengal jer sampai menapak ke BC.
Entah apa2 jer.

Semua orang pun aku tak kenal. 
Paling haru masuk kelas Wacana BM.
Sorang kowt. Nasib baik jumpa Nissa.
Dalam hati was like, 'kenapa dorang campak aku ke sini?'
Tapi aku survive.
Buat asaimen memang macam tahi kerbau.
aisehh. Malu gila bila kenang balik. 
Tapi kenangan dalam kelas ni yang aku takkan lupa.
Smile. =)


Semester 2

Yang ini lagi merepek.
Kelas yang aku paling tak boleh lupa kelas pengurusan Ko.
Kau tahu kenapa?
Sebab aku terjebak dengan dunia 'artis'
kau ada?
Singing on stage memang laa impian aku.
But that dream should always be a dream.
Tapi aku singing kowt. Atas pentas. 
Aku ingat lagi aku pandang siapa waktu tengah nyanyi.
Budak belasan tahun baru nak matang. Memang suka buat benda2 pelik macam tu.
Contohnya, menyanyi atas pentas even tahu suara memang kurang sedap *sedap gak laa sikit2.
Dan waktu tu jugak kitorang buat senamrobik tengah hari.
Apakah?

Lepas tu camping Pandu Puteri.
whoaaa. Memang aku ingat camping tu sampai bila2. serius!

Dan waktu neyh laa first time buat lesson plan.
Haru gilaa. Waktu tu tak tahu lagi apa benda lesson plan tu.
Murni tulus lagi pemikiran kan. Siap gaduh ngan pelajar course lain.
Tapi gaduh manja jer. Berbeza pendapat.

Buat asaimen sehari suntuk pun boleh siap.
Seharian lepak lebri.
Malam lepak rumah member pula.
Tak tidur langsung kowt.
Petang tu siap, print, hantar.
Nak naik tangga ke kedai print pun dah tak larat waktu tu.
Bukan sebab kitorang buat kerja last minute, sebab masing-masing busy kowt.

Semester 3

First class dengan senior.
Segan malu2 lagi dalam kelas.
Mana tak nya. Dalam kelas tu, cuma aku dengan Ira jer junior. Sorang lagi member lelaki.
Tiga orang junior lawan banyak2 senior.
Siap kena present pula tu.
Malu dowh. Nervous sebenarnya. Tiba2 waktu present dah tak reti nak speaking BI.
Sengal!

Kelas BI yang aku paling tak boleh lupa.
Pressure jer masuk kelas tu.
Buku kerja, memang tiap muka surat kena isi.
Aku selalu jer tak siap.
Dan bila tak siap, waktu tu laa nama aku naik kena present jawapan kat depan.
Kah3. Mula nak tunjuk teror main cakap jer apa yang ada kat kepala otak.
Dan waktu tu juga sembang pasal Einstein.
Mabuk buka buku pasal tokoh fizik tu.


kalau nak tahu lagi, jom lompat ke [Part 2]

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

28.12.11

final year. final semester

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Tengah tension kowt. (sambil makan jeruk)


Final semester. Final year.
How do I feel?


fuhh...
Dari detik mula-mula aku masuk mendaftar di sini, sampai sekarang (saat aku taip entry), sudah tiga tahun setengah aku berada di tempat orang.
Aku bakal habiskan pengajian aku di sini.
Seronok gilaaa..
Sedih pun ada..


Tapi..
No more assignment. No more exams.
hehehe.


dan..
No more semester break.
alerrr..


last class before quiz.


kami nak dapat A! boleh dr?


AA! erk?


last class together. 

waktu sem 1 kami tercampak ke kelas wacana bersama golongan majoriti  pelajar seni
fizik + seni. takkan ku lupa sampai bila-bila

last class with Dr Faizal Nizam
Seronok masuk ke kelasnya. Tak pernah tak gelak. kih3x.


last class with Prof Mustamam. Solid state physics yang aku masih tak faham sampai sekarang.
Ampun Prof.


last class with Dr K. Mechanics yang susah sikit. heee.


Banyak yang aku dapat sepanjang aku di sini.
Yang paling tak tahan ialah bila aku kena stay sepanjang cuti
Bosan okayh!


Dan aku belajar berdikari
Indeed!
Sangat berdikari.
So, kalau aku tetiba manja lebih, tu sebab aku letih bertahan laa tuu.
Dan aku manja dengan orang-orang tertentu jer kat sini.


Dan dia tau siapa dia.
Love you!
Seriously, love you.


Will miss here.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

24.12.11

update?

Assalamualaikum 
Salam sejahtera


Kau tau aku dah lama tak update blog?
Banyak benda yang aku nak story sebenarnya.


Kelas last semester 8.
Anual dinner budak-budak rumah.
Sesi fotoshot di kampus.


Tapi aku tak taip.
Aku tak update.
Kenapa?


Sebab aku diserang demam!
Dugaan.
Doakan aku cepat sembuh yaa.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

19.12.11

membebel di tengah malam

Assalamualaikum..
&
Salam sejahtera..


Kau tau aku dah konvo? kih3x.
Konvo dari kelas History of Mathematical Sciences.
Last kelas hari Khamis lepas.
Demand tak nak ada kelas hari Jumaat tu.
wawa..


tengok! muka happy kan sebab dah konvo.

Sebenarnya aku tengah berpura-pura bahawa kerja rumah aku dah siap semua.
Penafian terhadap keadaan sekeliling.
kih3x.

Kau tengok dalam list kerja rumah yang mesti siap tu.
Agak-agak bila aku nak buat semua tu?
Sekarang laa!
Sebab esok dah nak kena hantar kowt.
Tapi aku masih lagi main-main di blog neyh kan.
Pegi jalan-jalan jenguk blog orang lain.
Ini laa denial namanya.
*sigh*


kan bagus kalau aku ada kuasa macam boboiboy.
*berangan lagi


okayh, masa untuk buat kerja rumah.
Aku nak konvo kowt.
Tak sabar rasanya untuk mengecap kebahagiaan ini.
kih3x.

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

18.12.11

Avventura Musica

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Baru balek dari melepaskan tension.
Kau tau kenapa aku tension? Sebab asaimen yang berlambak dan tak tahu bila nak siap.
Chopp! Itu bukan isu utama di sini. 
Isu utamanya ialah bila aku pergi wara-wara tengok persembahan kemuncak pelajar muzik.
Kheeehaaa.
Berlakon writing report dah siap kejap.

Kami duduk di row second last.
Ingatkan bila duduk belakang, boleh laa nak keluar perangai tak matang tu.
Tengok-tengok kena sopan gak.
Kenapa? Sebab semua orang sopan kowt. Nak buat havoc sikit pun tak boleh.
kih3x.
Bila terover sikit, orang pandang.
Aku terus buat muka tak bersalah (gagak lalu).
hailaa. bukan nak support orang.
Chilll laa. Bukan selalu korang tengok persembahan yang hebat macam neyh.
Ker selalu jer?

Kalau nak tahu Avventura Musica tu apa, sila tekan sini. (TEKAN)
Aku bukan laa malas nak terangkan kat kamu semua, tapi aku nak penuhkan entry neyh dengan gambar. 
Boleh kan. kih3x.


tiket masuk. tiket aku memang sponsored by watie laa. hik3x.

tangah kalut bersiap nak ke panggung budaya, sempat lagi posing.
dah lambat dah kowt!

Sebelum keluar, kena snap2 dulu. kih3x..

persembahan pembukaan yang membuatkan semua orang terpinga-pinga.

ni persembahan pembukaan. semua orang terpegun. speechless kaa apa?

motif persembahan neyh ialah membawa kami menjelajah ke negara lain untuk menghayati muzik dari negara tersebut. 
tak tahu ker kitorang terbang ngan alien neyh? kih3x.

kitorang pergi jelajah lain2 negara kowt. dengan alien neyh. Luta namanya.

Dan persembahan pun bermula.

musik oriental. kowt. tak ingat. alaaa. yang dari China tuu.

Musik nusantara.
ni aku tak ingat. jazz kowt. tango gitu.

alien dah sampai panggung budaya dah. dia ada buat speech. tapi tak faham.
nasib baek ada subtitile.

ni pulak waktu persembahan penutup

Aku masuk gambar sikit jer laa kayh. Sebab gambar banyak blur.
Duduk jauh kan.
So, memang kena zoom habis-habisan.
Bila zoom terlampau, mula laa dia nak blur sana sini.


sempat lagi diorang kan. 

Harus laa ada gambar berlima kan. 

okayh, aku memang suka selit gambar tak ada motif kan.

Balek dari panggung budaya, kami singgah lepak minum jap.
Cehh.
Kembali ke zaman primadona nampak.
Sungguh laa berlakon macam FYP sudah siap kan.

Lepas balek dari panggung, bukan reti nak terus balek kan. cisss.

Dan, aku baru perasan aku dah gemuk.
Ke sini rupanya semua duit dalam purse aku. 
Ke lemak tepu bawah kulit. 
Cehh.

ni out-of-topic sket.




︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

17.12.11

facebook timeline

Assalamualaikum....
Salam sejahtera..


Facebook timeline? Apakah itu?


Nak tahu? Facebook timeline neyh adalah bentuk format FB yang baru. Erk? 
Aku pun tak sure sangat laa. Malas nak tanya Pacik Google boleh? 
huk3.


Rasanya dah ramai komuniti FB yang dah tukar ke format timeline.
Well, sooner or later, semua pengguna FB pun akan guna gak.
So, memikirkan hal tersebut (ayat skema), aku tukar jugak ke format timeline.


Memang serabut awal-awal tu. Sebab tak biasa. 
Ramai yang dah tukar ke timeline neyh kata susah nak guna.
Takpa, nanti lama-lama okayh laa tu.
Alah bisa, tegal biasa kan.


Ni aku nak tunjuk FB timeline aku.
Kalau nak tahu cara senang nak guna seacrh jer kat google. 
Mesti ada punya. 


ni FB timeline aku. huhu.

Lagi satu, aku saja tunjuk browser aku. Rockmelt. (TEKAN)
Aku dah lama guna dah menatang neyh. 
Sebab boleh update FB ngan Twitter tanpa buka page social kita.
Kalau nak stay online tanpa buka FB pun boleh.
Nanti korang boleh explore sendiri laa kayh.
Setakat neyh, aku tak ada masalah dengan browser neyh. 
Sebab tu aku bangga nak rekomen kat korang.
Kih3x.


Selamat mencuba & selamat meng-explore!


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

16.12.11

wabak menyerang!

assalamualaikum & salam sejahtera.


Okayh, ini bukan wabak penyakit yang merbahaya. Ini cuma wabak biasa-biasa jer? Nak tahu wabak apa?


Wabak Aidijuma.


Siapa-siapa yang tak tahu apa Aidijuma tu, sila tekan sini. (TEKAN)


Budak rumah neyh dah kena jangkit dengan wabak tu sekarang. Dah tak layan pahsmina, shawl, hana tajima dan apa-apa yang seangkatan dengannya. Diorang suka layan tudung bawal dah sekarang. 


Aku, macam biasa, layan semua. Bila rasa nak pakai tudung ekspres, aku ambek jer yang tergantung kat belakang pintu. Kalau rasa nak pakai shawl, pashmina. Belit sana sini, aku layan. Tapi kalau rasa macam malas nak over-over, aku pakai tudung bawal.


Hah! Jangan ingat pakai tudung bawal tak boleh nak over?! 
Tapi bila pakai tudung bawal, nampak ayu sopan santun kan. Dah macam gadis melayu dah.
Bukanlaa pulak bila pakai tudung selain tudung bawal tu tak sopan dan ayu.
Nampak lain laa pulak. Nampak sofistikated, elegan, anggun dan seangkatan dengan nya.


Yang penting sekarang, semua jenis tudung lawa. Asalkan tutup mana yang patut. 
Okayh kawan-kawan.



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

14.12.11

Terbuang

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Seperti biasa, orang macam aku neyh sangat busy semenjak menjejakkan diri ke dalam minggu 13 semester akhir. erk? Aku kan orang malas sket. Harus la kerja last minute. Kesian kat blog aku neyh. Lama dah tinggal. Kadang-kadang tu aku buka gak sebab saja nak tengok2 jengah2. Sekarang memang tak ada masa. Sibuk buat blog satu lagi untuk assigment. Haa.. Hambek kau! Ingat cikgu tak perlu tau benda2 neyh semua? Kena buat blog untuk share tentang isu yang dibincangkan. 


Buat blog simple jer pown. Tapi dah memang lumrah kehidupan manusia. Semua nak yang terbaek. Aku neyh memang laa tak buta IT, kalau nak buat blog simple tu, boleh laa. Tapi takda laa celik IT sangat. Berkakai jugak aku nak mencantikkan blog. Dengan tahap kecerdasan lappy yang dah macam orang tua, memang berkurun gak aku nak buat blog. 


Last2, aku give up. Yang tu jer laa aku mampu. Admin yang lain, kalau rasa2 nak cantikkan lagi blog, mintak jer email dan password kat aku kayh. huk3x. Tak larat nak hadap benda tu lama2. Sebab writing report final year project satu apa pun aku tak sentuh lagi. 


Cuti nanti aku nak buat blog comel2. Yeeehhhaa!!

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

12.12.11

bila kami masuk dapur!

assalamualaikum & salam sejahtera. =)


Baru-baru neyh rezeki melimpah ruah. Alhamdulillah. Jiran sebelah menyebelah bagi buah buahan tempatan bertangkai-tangkai. 


Jiran sebelah kiri bagi buah rambutan. Sedap dan manis. Banyak pulak tuu. Thanks.


Jiran sebelah kanan, jangan cerita laa. Memang sah sah dia katering kat cafe di kampus tu haa. Memang akan hantar kat kitorang laa. Buah tembikai, tembikai susu, rambutan semua dia kasi. Untung kan nasib berjiran dengan bukan student neyh. Hari tu, siap bagi 3 biji durian lagi. Durian besar-besar pulak tu.. Waaa. Tapi bila dah banyak sangat, memang tak habis makan kan. Macam tu laa kebiasaannya. 


Maka, setelah kami bermesyuarat rumah, kami sepakat nak buat bubur kacang campur durian. Haaa. Bijak kan anak dara kat rumah neyh? Sanggup menapak ke Hulu Selangor (kolej jer) semata-mata nak beli kacang hijau jer. Dua tiga kedai jugak laa kami selongkar nak beli kacang hijau tuu. Balek rumah jer, masak terus. Memang tak tunggu seminit dua. Basuh tangan, terus capai periuk. Haaa. Anak siapa laa rajin beno neyh kan. Hik3x. *gelak sopan.


Rebus kacang hijau 30 minit. Tapi macam tak yakin jer. Nasib baek mak aku hantar mesej. Terus timbul idea nak minta talian hayat. Nasib baek cara nak masak bubur tu dah betul. Huk3x. So, teruskan jerr. Lepas kacang hijau dah kembang, masukkan air gula merah dan santan. Lepas tu, baru masukkan durian. Hah! Sebijik kitorang masukkan dalam bubur. Sebab kalau simpan, memang dah takda orang nak makan dah. Debar jugak laa time masak. Sebab takut tak jadi.


Waktu tengah masak tu, masing-masing memang pasang niat nak bagi jiran depan rumah tepi sikit rasa. Sebab kerja diaorang memang asyik nak memandang rendah kat kami yang gorgeous neyh haa. Tahu laa diaorang reti buat kek batik. Kitorang reti buat bubur kacang tahu! 


Nasib baek bubur kacang kitorang jadi. Sedap pulak tuu. Huk3x. *malu. Rasa macam sama dengan bubur yang aku selalu makan. Actually, sejak raya hari tu lagi mengidam nak makan. Tapi baru hari neyh dapat makan. Yeay!



ni laa rupa bubur yang kami masak. om nom nom. sedaaaappp. =P

Nak hantar ke rumah jiran depan rumah tepi sikit pun adventure gak. Sebab aku hanya ada contact number sorang jer, budak kecik tuu. Call dia, dia kata dia tak ada kat rumah. Lepak rumah kawan. Malam neyh dia tak balek rumah. Ah sudah. Aku menapak ke rumah jiran, bagi salam dua kali. Tak ada orang jawab. Aku neyh memang cepat putus asa sikit. Malas nak menepek depan rumah orang lama-lama. Last2 aku hantar mesej kat budak kecik, nak hantar esok jer lepas subuh. Kecewa sikit sebab tak dapat nak show off kebolehan memasak. Alerrr..


Tak lama lepas tu, budak kecik ala2 hero malaya muncul depan rumah. Huk3x. Yeay! dah boleh show off. Yaww. Dia siap tak percaya yang kitorang boleh masak. Ceit. Aku mintak balek bekas sebab memang berkurun nak tunggu budak kecik dan kawan serumah dia nak pulang harta kitorang. Dia balas dengan kacang tumbuk. Tapi aku tak tahu apa nama sebenar benda tu. hahahaha. 


ni laa rupa kacang tumbuk tuu. sedap gak. aku suka makan. hek3x.


Lepas neyh plan nak buat onde-onde pulak. Mana nak cari kelapa arr? Kerja asyik nak masak jerr lately. Dah buang tebiat ker apa anak dara rumah neyh. Huk3x.


Eh. Eh. Eh. Lupa nak tanya jiran rumah depan tepi sikit. Sedap tak bubur kitorang? Makan jangan lupa baca bismillah tau.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

6.12.11

aku juga punya rahsia

Assalamualaikum & salam sejahtera. =)


People not unlike parcels, hide secret, who cover themselves with layers until they present themselves to the right ones who can unwrap them and see inside. Sometimes you have to give yourself to somebody in order to see who you are. Sometimes you have to unravel things to get to the core - Cecelia Ahern


Awal semester ni, aku memang rajin datang perpustakaan (haaa. baku di situ yaa). Dengan berbekalkan sandwich ehh. semangat membaca di dada, aku pinjam buku The Gift by Cecelia Ahern. Tetapi dengan rasa rendah dirinya di sini ingin aku canangkan pada seluruh dunia bahawa aku tidak mempunyai masa untuk menghabiskan sebuah buku itu. Aku cuma baca beberapa muka surat pertama. Ceeehhh.


Okayh. Itu bukan isu nya di sini. Isunya ialah, kita adalah ibarat parcel. Hanya orang terpilih sahaja yang boleh melihat dalaman kita. Dalaman yang aku maksudkan adalah hati dan peribadi okayh. Hanya orang terpilih saja yang faham dan tahu isi hati kita.

Dan dia.

Benarkah dia adalah hadiah? Dia adalah sebuah hadiah. Untuk siapa? Tiada siapa tahu. Mungkin dia bukan hadiah untuk keluarganya. Mungkin juga dia bukan hadiah untuk teman sekelilingnya. Kerana tiada siapa pernah melihat dirinya yang sebenar. Adakah dia adalah manusia yang begitu pandai berpura sehinggakan tiada siapa yang dapat membuka topeng di wajahnya? Atau adakah kerana dia tidak mempercayai sesiapa di atas muka bumi ini? 


Mengapa? Mengapa sukar baginya untuk membuka hati dan perasaannya untuk seseorang. Hadiah yang sedia dibuka dan sedia diberikan kepada seseorang dulu kini telah terbalut kemas dan rapi. Hinggakan tiada siapa yang boleh membuka balutan hadiah itu. Tiada siapa yang tahu hadiah itu akan ditunjukkan kepada siapa. Mungkin tangisnya juga adalah lakonan. Lakonan untuk mengaburi mata orang sekeliling atas watak yang dibawanya. Siapa dia? Tiada siapa tahu. Apa yang ada di hatinya? Belum ada yang dapat membacanya.


Mungkin dia juga tidak mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Mungkin dia juga tidak tahu mengapa dia belum bersedia untuk membenarkan sesiapa menyelongkar hatinya. Mungkin kerana dia letih menyimpan dan menyusun kenangan pahit dalam kotak memori yang meremukkan hatinya sehinggakan dia tidak mahu sesiapa menyentuh hatinya lagi. Mungkin kerana itu, dia menutup pintu hatinya. Dan mungkin kerana itu dia melakarkan senyuman yang sudah jelas palsu. 


Fake. Kerana dia tidak menunjukkan dirinya kepada sesiapa. Mungkin dia juga tidak tahu. Dan bagaimana dia hendak menunjukkan dirinya yang sebenar kerana dia juga tidak tahu. Topeng yang sudah lama dipakai. Topeng yang sudah banyak ditukar ganti. Sehinggakan dia keliru, siapa dia yang sebenarnya. 


Dia hanya menjadi diri sendiri di hadapan Tuhannya. Dia menangis berteleku di atas sejadah sambil membuka setiap pembalut yang membalut dirinya. Menunjukkan dirinya yang sebenar di hadapa Yang Maha Esa. Kerana baginya, hanya Dia yang memahami. Hanya Dia yang layak. 

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

4.12.11

Be what you want to be

Assalamualaikum & salam sejahtera. =)


Housemate suruh dengar lagu neyh.



Jom kita sing along.

Be What You Want To Be - Darin Zanyar


Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be
Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be

I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream
We live for
You never know what life could bring
Coz nothing last for ever
Just hold on to the team
You play for

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam
Of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling
Thats not real life

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

Last year I used to dream about this day
Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
Coz I've got all the love, coz I've got all love for you

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be
[X3]

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}