It's me!!

My photo
aku adalah seorang gadis biasa yang suka merepek dan merapu tentang perkara yang menarik perhatian aku. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan apa yang aku nampak, apa yang aku dengar dan apa yang aku rasa.

26.12.12

High School Reunion

Assalamualaikum..
Salam Sejahtera..


"10 tahun akan datang kita buat reunion"
"Sure!!"
"Mesti buat!"
Angguk.


Fuhhh..
Itu 6 tahun lalu.
Waktu umur baru 17.
Lepas SPM.


"Waktu tu mesti semua sudah ada anak."
"Awww.."
"Masing-masing sudah ada kerja."
"Jangan lupa introduce husband masing-masing."


Sekarang ramai yang sudah habis belajar.
Bertebaran di muka bumi mencari kerja tetap.
Dan ada jugak dua tiga kerat yang sudah kahwin.
Ada jugak yang sudah beranak pinak.


Awww lagi.
Aku masih di sini.


Kalau dulu, 10 tahun tu dianggap lama.
Tapi lepas 6 tahun dan kami masih begini...
Adakah kami akan begini juga lepas 10 tahun?


Owhh..tidak!!


Well, maybe at least ada kerja tetap laa.
Takkan pergi reunion pun masih pakai tajaan pama kan.


Haish..


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

22.12.12

whoaaaa..

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Whoaaaa..!!!! Lama gila tidak melepaskan rindu jenjalan menyemak blog orang lain..
Dah blog sendiri pun tidak terjenguk..
Ehhh..


Last post entry bulan Jun..
Sekarang bulan Disember okayh..
Yaa ampunn cintaaa...
Betapa lama gila aku tidak meninjau perkembangan dunia luar..
Dunia luar ker dunia maya?
Buka pesbuk pun pakai phone jer..
Tu pun malas komen apa-apa..
Post pun kadang-kadang..
Dulu rajin jugak tweet..
Sekarang penyakit malas datang balik.
Tak faham betul aku..


Baiklah!
Tinggal beberapa hari lagi masuk tahun baru.
Maksudnya sudah setahun aku duduk rumah goyang kaki.
Membesarkan badan jer kerja.
Bayangkan laa seluar yang aku pakai waktu belajar aku dah tak boleh sarung kat badan.
Dulu siap longgar-longgar lagi. 
Maklum laaa, mau pakai masuk kampus kan.
Sekarang..sekarang..sekarang..
Sedekah jer dengan adik-adik yang masih slim.


Kalau laa update blog boleh buat orang jadi kurus..
Tak adalah blog ni terabai.
kan. kan. kan.

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

22.6.12

Kenangan


Kenangan itu kadang indah
Selalu perit
Tapi yang tersimpan
Hanya yang membuat ku tersenyum
Selalu aku sendiri
Memikirkan tentang itu
Biar aku menjadi bulan
Datang pada siang dan malam
Di waktu siang ini aku tidak kau sedari
Kerana sang mentari menguasai langit
Aku yakin bila malam nanti
Kau tahu aku ada
Sampai waktu itu
Akan ku menunggu
Dan bila aku terkenang
Aku menadah tangan
Berdoa
Tuhan tolong jagakan dia.



︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

21.6.12

It's JUNE

Assalamualaikum
Salam sejahtera

It's been a while.. fuhh..
Semalam aku ada bermimpi.
Tak ada laa hebat sangat pun mimpi tu, tapi cukup untuk membuatku terkenang.
And I wish that dream never end.
Hehehe.. I'll have to sleep forever?! 
Naaa.. lets just continue that dream tonight.

So, what's up?
Lepas cuti, memang buat-buat busy kan.
Tak ada benda yang boleh dilakukan... kowt.
Tapi before aku convo, aku kerja jugak laa.
Sebagai guru tusyen.
Fuhh.. letih jugak laa.
Tapi best.
Miss them.
Tapi kena berhenti sebab aku hanya guru pengganti sementara guru diorang cuti.
So, kembali ke kerja lama, membesarkan badan.
Huhuhu.

Okayh. 
Tak tau mau cerita tentang apa. 
Maybe sebab itu jugak laa aku sudah tidak meng-update apa-apa dalam blog ni kan.
Malas mau tulis story yang tidak penting.
Tapi bila datang jer event penting, terus rasa macam busy sampai tiada masa buka blog.
Lazimnya memang begitu laa kan.
Hurmmm..

︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

3.2.12

home sweet home

Assalamualaikum
Salam sejahtera

So, here I am!
Back to where I belong.

Letih sebab angkat beg berat pun belum hilang lagi.
Sampai 30kg beg aku semalam.
Itu belum masuk beg yang aku angkut masuk kapal.
Dah laa dalam tiket cuma beli untuk 20kg jer.
Extra 10kg okayh. 
Mana aku nak cari duit nak bayar extra tu.
Nasib baik datang epot awal.
Boleh upgrade. Just kena tambah rm20 jer.
Fuhh. Jimat duit aku.
kih33x.

So, sekarang memang akan ada di rumah jak laa.
Tapi kena study. 
Sebab bakal sibuk semula.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

15.1.12

benar-benar berakhir?

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Tak ku sangka semua yang telah kita lalui kan berakhir

Semalam aku buat video sebab mau tunjuk waktu malam pra-graduasi fizik.
Kompilasi gambar dari semester satu, sehingga laa sekarang.
Kau tau apa yang aku rasa bila aku selongkar gambar lama?

Hahaha...dulu dia kecil~
Oh my, sungguh tak matang muka dia~
She's different now~
Eh, dulu dia tak secomel sekarang~

dan banyak lagi komen-komen bersahaja yang timbul difikiran ku.
Sehingga laa aku memasuki fasa semester lapan.

Tiba-tiba aku diam. Lama~
Rasa lain. Rasa sedih. Rasa sebak.

Aku bakal kembali ke Negeri di Bawah Bayu.
Kami akan bertebaran di atas muka bumi ini membawa haluan masing-masing.
Kau tahu maksudnya kan?

Ya, kami akan sentiasa dapat berjumpa.
Bila-bila masa, di mana saja. InsyaAllah.

Tapi mungkinkah kau dapat kumpulkan semua budak fizik batch 08/12 di UPSI lagi?

Banyak yang kami lalui bersama.
Jamuan raya 08, jamuan raya 09, jamuan raya 2010.
Picnic di Kalumpang.
Kenduri durian.
Lawatan.
Majlis santai-santai.
Semua itu mengukir kenangan yang takkan terlupa.
InsyaAllah.

Dan kali ini ianya benar-benar berakhir.
Bila aku fikirkan semula, kali ini aku akan balik kampung.
Tanpa perlu kembali semula ke sini.
Aku akan benar-benar meninggalkan tempat ini.

4 tahun 3 tahun setengah aku di sini.
Menangis di sini. Ketawa di sini.
Belajar bersama budak satu kelas.
Buat assignment. 
Ketawa sama-sama. Menangis sama-sama.
Pressure sama-sama.
Takut sama-sama.
Pergi exam. Pergi kelas. 
Lepak tepi sungai. Eh. 
Banyak yang telah di lalui.

Aku tidak sabar mau habis study.
Tapi dalam masa yang sama, aku tidak mahu berpisah dengan budak sekelas.
Sebab diorang selalu bersabar dengan aku.
Tahan hati dengan perangai aku yang annoying neyh.
Sabar bila aku marah-marah.
Layan bila kepala aku senget kejap.
Senyum bila aku gembira.
Sedih bila aku nangis.
Dengar rungutan aku sampai dua tiga pagi.
Tolong jaga aku bila aku sakit. Tolong beli ubat.
Belanja aku makan. *itu yang paling best!

Jauh dari family, kadang-kadang aku rasa tersisih.
Rasa kurang kasih sayang.
Tapi kehadiran mereka membuatkan semua perasaan itu bersifat sementara.
Sebab walaupun terlambat, mereka tetap ada di sini.
Ada masanya aku bengang, bila aku terjatuh sendiri.
Tapi aku sering lupa bila aku dipapah berdiri semula.
Semua itu hanya akan tinggal kenangan.

Tiada orang lain akan faham lawak kita.
Takkan ada orang lain yang faham gurau senda kita.
Kita bergurau kasar. Tapi kita tak pernah ambil hati pun.
Kita saling tegur menegur mana yang salah.
Kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik.

Kawan-kawan yang dulu pernah sekelas dalam subjek universiti.
Kawan-kawan yang sekelas subjek minor.
Junior-junior yang segan-segan dengan senior.
Kenalan yang hanya sekadar kenalan.
Aku dah tak berpeluang untuk berselisih bahu dengan korang.
Takkan ada lagi sembang kosong tepi jalan bila terserempak di mana-mana.
Takkan ada lagi sapaan dari si strangers
Tiada lagi semua itu untuk di lalui di sini.

Sedih.
Sebak.
Sayu.

Percayalah, aku akan merindui masa-masa aku disini.

Jangan kau sedih kerana ianya telah berakhir.
Kau senyumlah kerana ia terjadi.
Walau kini yang tinggal hanyalah bayangan.
Dan berakhirlah kisah ini.

Doaku buat semua,
semoga kita semua menjadi pendidik yang ikhlas mendidik.
Yang tinggi ilmunya. Berguna hingga ke akhir hayat.
Semoga kita dapat menjadi insan yang melahirkan insan.
Melahirkan pemimpin yang adil.
Semoga usaha kita dibalas Allah.
Semoga apa yang kita lalui menjadi kenangan yang tak dilupakan.
Semoga pengakhiran ini menjadi titik permulaan yang indah.
Semoga kita menjadi pendidik yang dipandang di mata dunia!


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

12.1.12

imperfect me

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


No body is perfect.

That is true. So true.
Neither you nor me are perfect.

But trying to be perfect is what I want everyday I woke up.
Becoming better day by day.
There are some things I know was wrong by myself.
And some thing that I need you to tell me where I do wrong.
In the right way of course.

I'm not a person that can take someone else advice easily.
I always choose who I want to listen to.
But I try to listen to everyone.

I love to laugh loud. very loud.
I'm harsh.
I'm not a good girl that all man wanted.
I wear things I want.
I can't cook.
I hate doing household chores.
I'm lacking in all way.
But as I said, I'm not perfect.

What I want you to do is,
If what I did was wrong, just tell me straight to my face.
Not to facebook me.
Because I'm might not listening by that way.
I know that is one of the imperfection in me.
But I am trying hard to deal with it.

I'm not telling to accept me the way I am.
But I want you to help me to become perfect.

If you can see how perfectly imperfect I am

You are not perfect either.
But you trying to be perfect.
Me to.

And,
I know that you love me and want me to be a good girl.
To become perfect girl that qualified to be a wife and a mother.
But please, don't do it in a way that makes me want to rebel. 
I might become worst than that.

So, face me. Don't facebook me.


Learn to accept that you are not perfect,
nobody is,
the important is to be aware of where 
your imperfection lie.

p/s: entry luahan hati yang agak mementingkan diri dari aku bila aku tidak dapat menerima sindiran teguran orang lain. Looks like aku balas dendam dalam blog kan. Dan sila abaikan kesalahan grammar yang aku buat.




︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

2.1.12

Final exam final year

Assalamualaikum
Salam sejahtera


Aku rasa majoriti pelajar universiti sedang berhadapan dengan exam sekarang
Exam kali neyh aku rasa aku paling tak study.
Eh. Paling tak boleh study.
Nak ke exam hall jawab final rasa macam nak ke dewan kuliah jawab quiz jer.
Tak tahu mana silapnya.
Rasanya sepanjang study week neyh, bangun pagi jer hadap buku.
Sampai nak tidur pun hadap buku.
Stop sebab nak solat dan makan jer.
Tapi still rasa kepala otak kosong.
Masih banyak bab yang tak cover lagi.

Apapun, aku nak ucapkan selamat maju jaya buat kawan-kawan seperjuangan.


GOOD LUCK!!


okayh. ni hasil aku tension. kih3x. yang penting ikhlas dari hati

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu, 
Bersenang-senang kemudian.


︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}

1.1.12

wrap up 2011

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Wrap up 2011
Most of blogger update their blog with this similar things.
So, I want to do some wrap up too.

Aku rasa tahun neyh merupakan tahun yang tak ada life. Dalam setahun neyh kena habis kan tiga semester. Memang laa tiga semester tu tak ada benda kan. Tapi kalau tiga semester yang hanya diselangi dengan cuti dua minggu yang menyeksakan, memang tak ada life kowt!

Sepanjang tahun hanya bergelumang dengan buku. Tugasan yang tak pernah habis.
Cuti yang cuma seminggu dua. Okayh, orang lain cuti empat bulan kowt!
Aku dengki.

Tapi dalam tahun neyh aku dapat tahu yang aku bukanlaa android. Bukan superhero. Bukan supermak. Aku cuma seorang manusia. Erk? Baru tau ker?

Buat program Physics: We See We Learn. Belajar jadi MT. Selisih faham tu memang banyak gila kowt. Tapi nasib baik kawan-kawan aku cool jer semua.

Buat trip ke Genting Highland berdua dengan roommate. Kih3x. Memang unplan trip. Eh, rasa macam plan jer.

Lepas tu pergi mandi manda kat sungai mana entah. Budak kelas ajak. Mula-mula malu nak mandi. Lepas budak laen tukar port and we conquer that area, memang tak ingat nak naik.
Kah3.

Tahun neyh banyak celebrate birthday. Dan tahun neyh memang celebrate kejam sikit. Dulu ala2 sweet jer sambutkan. Tahun neyh baling sana sini.  Tepung telur tu ramuan biasa. Dah last year sama-sama kan. Tahun depan dah tak jumpa dah. Thanks semua sebab jadi orang yang cool dan tak marah bila dah kena mandi dengan telur malam-malam.

Dan bila fikir balik, tahun neyh merupakan countdown aku nak habis study as degree student. Praktikal dah! Tesis on the way nak siap. Lepas present, lepas siksa. Eh, kena baiki mana-mana yang patut. Tahun depan dah boleh grad. InsyaAllah.

So, setiap tahun aku akan buat azam dua kali.
Ini kali kedua. Kali pertama aku rasa kau tahu bila.

Aku harap tahun depan menjadi tahun yang paling bermakna dalam hidup.
Cliche. 
Aku nak grad dari status yang aku ada sekarang.
Pandai-pandai fikir laa.

So, selamat datang 2012.
Bring me a lot of memories kayh!
Tinggalkan 2011 yang banyak menyaksikan pertumpahan air mata.
Until next time.




︱❤ Thanks for reading ❤︱drop your comment okayh {。^◕‿◕^。}